Sabtu, 10 Oktober 2020

selalunya

Selalunya Ketakutan membuat aku keras dan kaku untuk menulis, semuanya menjadi alasan untuk membuatkan untuk tidak menulis pada saat itu.
   Takut akan gagal, takut tulisan nanti tidak bagus, itulah sebenarnya yang menghalang aku, mungkin aku yang mencipta nya. 
       Cetek akal dari sebab kurang membaca adalah salah satu faktor utama. Punca inilah yang jadi barah dalam diri. Kadang langsung benci untuk menulis. 
     Setiap perkataan yang keluar ketika itu, terasa buruk dan hodoh, malah meloyakan. 
        Terus kepada ketika ini, saat aku menulis ini, ia hanya tulis rawak yang tidak bermaksud apa-apa kecuali rungutan seorang penulis yang memualkan. 

Sebab aku tahu tiada yang membacanya, hahaha. 

Jumaat, 6 Mac 2020

Menagih Belas


Saat derita menagih janji,
Terjelir lah kudrat menahan sabar,
Payah berharap pada telapak ,
Kudis dijilat tiadakan loya,
Masih dia merintih ingin belas,
Lalu mereka menerajang dengan senyuman,
Betah dia terus merayu ihsan,
Namun tiadakan dengar balas jawapan,
Maka tinggal dia rintih sendiri,
Lemas ditinggal dalam sepi.
Malangnya...

Datanglah belas dari sebuah poket,
Dirampas nya dia pada sekeping roti,
Tergopoh berkecai di dalam genggaman,
Amarah yang tiada bersuara,
Hanya bersisa di lantai busuk dan sejuk,
Maka rapat lututnya dipeluk,
Sendu yang tidak berlagu dan sunyi,
Dan malam itu perutnya kosong seperti semalam.

Sabda Kalam 2020
Sore 6 Mac 
Temerloh, Pahang

Khamis, 1 Ogos 2019

terkini

Aku sedang melangkah ke suatu daerah baru..okay okay semuanya dah lain..sangat lain. Blog ni dah lama karam di lautan dalam -ke jurang yang paling dalam dalam lautan sana agaknya. ..hahaha menariknya aku masih takut nak menulis di dalam blog sedangkan aku tahu blog ni bukan ada pembacanya yang ribu riban..haha
     Dan menariknya aku masih lagi nak menulis di sini walaupun dah tahu ..entah bunian mana yang tiba tiba akan terserempak dengan aku punya. Putus asa ..tak lah cuma aku sepatutnya lebih berani untuk menulis bukan untuk mencarut. Dunia makin huru hara.. Aku masih risau adakah blog aku ini ada orang baca ke tidak..atau tulisan aku ini memenuhi piawaian yang sepatutnya. Semasa Malaysia sedang dilahap oleh politik yang entah apa apa aku masih lagi risau nak memilih kosa kata , perkataan yang betul atau bombastik. Maka betullah sangatlah yang aku tak sesuai untuk menulis. Langsung tak untuk menjadi penulis, apatah lagi penulis Professional lagilah karut-jauh panggang dari apa.
   Aku tahu ini adalah hakikat yang aku harus akui sendiri. Aku harus tentang dan lawan ia habis habisan, tak salah sekali sekala merasa kalah , yang paling jangan terus di padamkan impian itu.
 
     Aku tahu aku boleh mengubah dunia dengan penulisan aku-opps okay mungkin ini sudah melebih lebih tetapi aku tahu aku boleh mewarnai hidup seseorang tulisan aku. Inilah suatu impian yang telah berbenih semenjak aku mengenal huruf dan membaca fiksyen pertama aku, mungkin Oliver Twist (terjemahan Bahasa Melayu). Entah itu sahaja buku yang aku ingat, itu pun hanya tajuk dan beberapa babak babak di dalam cerita itu.
     Aku akan pastikan aku akan menulis sehingga menghasilkan sebuah karya yang layak diterbitkan (maksudnya ada  penerbit yang terima la) Tidak kira lah sesusah mana atau apapun rintangan , tentangan yang akan aku hadapi , kan aku harungi jua..chewahh..insya Allah.

Isnin, 21 Disember 2015

normalisasi

..menariknya tentang kehidupan bagaimana kita berhadapan dengannya seharian dan masih lagi tidak punya klu atau petunjuk tentang apakah yang ‘sebenarnya’ kehidupan itu. kita menjalani dengan pelbagai keadaan dan situasi.
   ‘Overwhelming’ itulah perkataan yang sesuai dengannya. Bukan dalam bentuk diskripsi tetapi lebih kepada gambaran terhadapnya. Aku guna perkataan ini itu mengambarkan bagaimana ia(kehidupan)  sedang me’lemas’kan aku di dalam keadaan yang paling positif sekali. Walaupun ianya ironis.
  Rasa ditelan sepenuhnya. Terlalu banyak kebaikan dan kebahagiaan hampir seperti ‘high’ orang yang menggunakan dadah-apapun jenisnya. Pelik dan anih. Kehidupan me-‘nagih’-kan, ketagihan yang dinormalisasikan dengan penyesuaian dan penyerapan kita terhadap segalanya. Dikatakan itulah ‘kemandirian’ itu sendiri. Kita mengadaptasi setiap perkara, unsure, factor, dan kepelbagaian yang berlaku di dalam kehidupan.
  Kita belajar. Memahami segalanya, walaupun di dalam pengulangan yang berterusan, di dalam jemu itu ada sahaja perkara baru- berlainan tentangnya. Menarik dan mengujakan. Begitulah kehidupan –sepositif yang mungkin dapat aku berikan. Namun versinya berbeza-beza kepada banyak orang. Tidak akan mungkin setiap dari kita itu menghirup rasa yang sama walaupun dari gelas sama. Perbezaan itu tetap wujud, menjadikan setiap dari kehidupan itu unik hanyak untuk diri kita, kepelbagaian ini yang meng-indah-kan kehidupan.

   Walaupun ada yang betul-betul ‘ tenggelam’ dan ‘lemas’ di dalamnya. Itulah lumrah. Seperti sahaja yang diterangkan di atas proses normalisasi itu me‘lali’kan kita. 

*normalisasi- adalah perkataan yang digunakan secara bebas, namun difikirkan amat sesuai dengan konteks keseluruhan teks. SK

Rabu, 16 Disember 2015

Disiplin. Satu perkataan yang kukuh dan tebal, tiada usapan mahupun kelembutan yang dapat dirasakan daripadanya. Namun itulah yang mengubah dan membentuk banyak kejayaan dan kemajuan bangsa manusia. Barat menegakkan tiang ketamadunan di atas asas perkataan ini. Juga, ‘dia’lah juga perkataan yang paling dibenci oleh ‘budaya’ orang melayu. Jangankan mendekat, menyebutnya sahaja banyak mulut dan bibir yang menjuih dan mencebek. Begitulah ‘hebat’nya melayu yang ber ‘tuan’ di tanah sendiri. Tanpa faham dan tidak mahu langsung untuk mendekati setiap resapan , makna dan manfaat ‘disiplin’ itu bila diterapkan.

Islam, ada tersembunyi disiplin di dalam ibadat dan seluruh gaya hidupnya -semua disulam bersama. Dan tidak dapat tidak disangkal melayu itu ISLAM! Ganjil dan ajaib umat melayu itu boleh sahaja berdiri dan menyombong tanpanya. Sebenarnya islam itu sendiri berkembang di atas disiplin. Maka apakah lagi yang dapat menyangkal akan signifikasi perkataan ajaib ini.


Memalukan! Apabila sahaja yang menulis ini sendiri tidak memegangnya, menagkap dengan sepenuhnya, menelan-wahamnya selahap-lahapnya. Itulah yang masalah dan kelemahannya, apabila sahaja yang mengalir di dalamnya darah melayu yang sama. Ya, itu ‘alasan’. Ituulah juga yang menjadi perkataan yang paling sinonim dengan bangsa melayu itu. A.L.A.S.A.N. ..hebat memang HEBAT..


Isnin, 14 Disember 2015

Jangkaan

Adalah sesuatu yang menarik apabila memikirkan bahawa kita adalah yang terbaik di dalam kehidupan(setiap usaha dan tindakan). Itulah adalah fakta yang benar kerana setiap kehidupan yang kita jalani berlaku dari sisi pandang kita dan telah pun berlaku tanpa kita perlukan perakuan dan penghargaan orang lain terhadap setiap usaha yang kita lakukan di dalamnya. Namun disebabkan sindrom ‘penerimaan dan perakuan puak/komuniti/majaoriti) melemahkan banyak potensi sebenar individu itu untuk diserlahkan dan ‘dikeluarkan’ sepenuhnya.

Apabila sahaja kita melakukan sesuatu tanpa sebarang jangkaan atau harapan (orang lain) , hanya melakukan sedaya upaya kita akhirnya nanti ,keputusan itu pasti menghasilkan sesuatu yang sempurna sesuai dengan usaha yang kita lakukan. Namun di sini juga terletaknya kelemahan -apabila sahaja sesuatu usaha, tindakan yang dilakukan tanpa sebarang jangkaan dan harapan, ada setengah dari kita yang akan sambil lewa di dalam usaha mereka. Begitu pun semuanya ini bergantung kepada ‘apa’ yang kita fikirkan sesuai di dalam kita menentukan ‘bagaimana’ kita mejayakan setiap usaha kita itu dengan baik. Semuanya bergantung TUJUAN asal kepada tindakan, cukup sahaja ‘conviction’ dan pemahaman terhadap tiada apa pun yang akan menghalang setiap dari untuk ‘meledak’ di luar sana. Ayuh fikirkan dengan baik setiap tindakan itu agar ia(kehidupan kita) menjadikan sesuatu yang luar biasa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...