Sabtu, 28 Mei 2011

bahagian dua(Nadim)


..tangisan itu kedengarannya hampir. Namun tiadakan tahu di mana puncanya, Nadim masih gelisah mencari. Bimbang dan takut berbaur bersama.  Namun terangnya mentari membataskan logiknya walaupun dia tahu di mana dia berada. Tangisan itu makin mendayu, sayunya menghambat rasa , sedu-sedannya menangkap suasana. Nadim makin risau. Soalnya ..di mana? Di lantai dedaun kering itu mula punggungnya dia jadi tak selesa. Duduk yang makin tidak kena. Nadim menurut tubuhnya bangun. Namun masih tidak mahu beralih dari banir meranti tua itu. Redup suasana merencatkan niat tulusnya. Fajar sudah mula menyingsing.

   "ya tuhan , aku bermohon padamu Yang Maha Kuasa, tiadalah kekuasaan melainkan dari-Mu ..jauhkan lah aku dari gangguan Jin dan Syaitan yang dilaknat.."

 Berulangkali Nadim mengucapkannya, hanya sekadar cukup ditelinganya.  Seketika sahaja tangisan itu diam..kemudian laungan yang lebih deras tetiba hinggap. Laju dan berat tubuh ditolak ke belakang. Di pangkal banir, Nadim meraung sakit. Hanya keras nafas yang terdengar tiadakan nampak tubuhnya. Berderap langkah bersama patah reranting dan dedaun kayu di tekan oleh kaki yang halimunan.

  BUKKK!!

  Kedengaran di telinga Nadim. bunyi itu berselang-seli, jaraknya hanya beberapa ela. Jelas seperti orang bertarung. Nadim masih lagi tidak nampak. Jelas bunyi itu- kemudian di selang dengan raungan dan pekikan. Nadim  erat memeluk uncang bekalannya, berundur dan memuatkan diri di celahan banir akar meranti tua itu.

   ARGHHH....!!! panjang dan terus diam. Alam seketika diam. Cengkerik dan unggas pun mula bersuara semula. Perlahan Nadim bangun ingin memeriksa. Tangan kanannya masih rapat berpaut. Hanya kepalanya sahaja yang keluar dari celahan banir itu. Tercongak-congak mencari 'benda' di depan medan yang kosong. Di majukan sedikit langkahnya ke depan. Tatkala itu terdengar langkah orang merapatinya. Kaku jadinya Nadim..tibatiba hilang segala upaya.

   "wahai anak muda, akulah Umbai Garoh penghuni hutan ini, tadi baru sahaja aku halau Jembalang Tanah, yang mahu menganggu engkau. Janganlah kau takut.. aku di sini bukan ingin mengapakan engkau..sekarang..bersiaplah- akan ku hantar kau keluar dari hutan ini."

    Bergentar seluruh jasadnya mendengarkan suara itu. Hanya suara. Lembut dan tegas di dalamnya. Lagak orang tua yang arif. Masih ada bimbang di dalam hati Nadim. Lidah juga beku untuk berbicara.
 
 Woosh..!! tibatiba seluruh tubuhnya di rentap. Di dalam genggaman tangan halimunan yang besar itu, Nadim yang terkejut , cuba  untuk bergelut namun tidak berjaya. Kuatnya tangan itu melemaskan kudratnya. Kemudia terasa angin merempuh dengan kuat muka dan badannya. Terbang, ya, dia melayang terbang dan laju. Sangat laju sehingga tidak dapat dia membuka kelopak matanya. Beberapa ketika dia begitu. Akhirnya segalanya jadi perlahan dan dengan perlahan dia diletakkan dia atas hamparan rumput hijau. Di depan terbentang sawah menghijau menyambutnya. Dia tersenyum ,lega dan tenang.

   "ingatlah..anak muda , aku hanya menunaikan permintaan saudaramu Andika untuk menjagamu. Perhatikan langkahmu kerna aku tak akan selalu dapat menolongmu. " suara itu kembali berkumandang.

  Nadim hanya menggangguk diam. Tidak bisa bersahaja membalas. Apa yang di alaminya tadi masih lagi aneh dan akalnya masih cuba memahamkannya. Kemudian ,

"..terima kasih Umbai Garoh ..sampaikan salamku pada saudaraku Andika"

   Namun tiada balasan.. Dari jauh ternampak pucuk-pucuk daun terkuak ke tepi membentuk se[erti laluan. Nadim hanya terdiam memandang.  Nadim hanya berpaling dan terus melangkah meninggalkan dibelakangnya suria jingga yang tersenyum manja di dalam pelukan perbukitan hijau itu

2 ulasan:

uncle gedek berkata...

ARGHHH....!!!

BUKKK!!

Woosh..!!

hebatnya sound efek..!

sabdakalam berkata...

..sound engineer import nih bro..(^_^)

*DEBIK!!..DESHUMM!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...