Khamis, 26 Ogos 2010

poskad dariku

..menongkah gelombang rasa yang semakin kuat memukul jernih akal ku. Menampar-nampar kewarasan dengan mainan perasaan kosong yang sepertinya tiada henti. Rajuk mula hadir mengiring resah yang ku tahu hanya perangkap.di celah gelap cahaya yang terhadang di balik lutut2 ku,aku Nampak biasan wajahku. Tertawa gemuruh jelas hinggp di gegendangku;SUNYI.
Namun bara bara mula kian berbahang .Maka bangkitlah jiwaku dengan penuh kesediaan . Menghunus taming yang lama tersarung. Detik mula jelas .Terdengar akan derap langkah yang mmakin laju seakan nya aku dapat melihat esok hari ,akan apakah nasibku.Tabir besi itu aku bakar .Ku jadikan ia sebuah nyala yang bakar seluruh kusam dan resah yang akan tinggal cebisan memori.
Berdirilah kau jua sahabat agar dapat ku pimpin tanganmu bersama agar juang mu berpayung.Biar kita tongkat mega2 itu bersama. Memikul dengan perkasa.Kita julang .Biar menangis gelap-gelap rasa yang ditinggal mati.
Maka terdirilah di depan ini kota yang kukuh binaannya, yang jadi dari kental rasa. Berkilau didalamnya singgahsana kehidupan. Biar jadi kubu buat jiwa-jiwa lain. Ayuh wahai sahabat..!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...