Ahad, 26 Disember 2010

mereka

..jalan-jalan itu ada petunjuknya dan punya pilihan yang sentiasa memberi peluang kepada setiap dari kita untuk melakukan sesuatu atau mengubah sesuatu. Hanya yang membuatkan sesuatu keputusan itu dibuat  adalah selepas semuanya iaitu faktor-faktor yang berkaitan diambil kira dan diteliti. Segalanya dibuat dan diputuskan bagi mendapatkan hasil yang paling bagus serta mengurangkan sedikit kesan negatif terhadap mereka yang di sekeliling.
  Namun di dalam hidup yang serba mudah dan 'terus-terang' ini beberapa orang merasa sedikit sesak dan keliru untuk menempatkan diri mereka bersama kumpulan majoriti itu. Berlaku pengasingan tanpa sengaja atau tidak, mereka membentuk kumpulan mereka yang tersendiri. Mereka cuba mengindentifikasi mereka di dalam kelas mereka tersendiri.
    Sebagaimana dengan yang lain mereka masih lagi tetap berhadapan dengan situasi yang sama. Cuma tindakan dan pemahaman mereka menilai perkara itu berlainan dan unik di dalam kategori mereka. Sifat berani yang sedang menjadi tema di era ini juga menjadikan mereka sedikit sebanyak lambat dan tidak dapat turut serta bersama dunia.
   Mereka lambat laun akan mewujudkan dunia mereka yang tersendiri. Segala mereka wujudkan bagi memastikan kemandirian mereka tidak tergugat dan terjejas. Kelompok ini akan tetap ada dan kekal bersama dunia, tidak akan 'mati' atau pupus kerana mereka juga adalah penentu hala tuju peradaban baru manusia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...