Sabtu, 8 Mei 2010


                    BEBAS



Adakah ia satu perlambangan atau luahan. Perlambangan dengan perkataan atau pengucapan.Secara asasnya ia suatu perkataan yang mempunyai maksud .Penyataan maksud itu dilakukan dengan ayat, perbuatan atau pengucapan.Menyatakan nya dengan kaedah-kaedah tadi beerti sampai akan tujuannya.Baiklah ,bebas adalah tidak terikat sesuatu dengan sesuatu.Bebas dengan perlakuan dan pengucapan.Mandiri atau berdiri atas tapaknya yang tersendiri itulah kebebasan.

    Hari ini kontaks yang cuba dihadamkan adalah bebas dari sudut manusiawi.Iaitu manusia memerlukan kebebasan agar lumrah asalnya tidak dicabuli dengan halangan.Cuma kebelakangan ini mereka menganggap kebebasan itu satu hak mutlak mereka sendiri sahaja sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sedang mengikat dan menjerut hak kebebasan yang lain di sekitar mereka.Adalah manusia di zaman serba kecanggihan ini menganggap bebas adalah tidak terikat sesuatu atas perlakuan mereka.

    Bebas melakukan apa kata akal dan nafsu mereka tanpa memperdulikan hal-hal yang lain.Bebas dalam soal budaya. Budaya yang serong lantas ia selanjutnya memusnahkan erti sebenar kebebasan. Bebas adalah satu hak, BENAR! Tetapi ada alas dan lapiknya juga.

    Adakah kerana bebas kita sanggup melakukan pengkhianatan atau kemusnahan .Bebas adalah tanggungjawab yang perlu dipegang kemas-kemas agar tidak terlerai hak-hak di atasnya.

    Sedar atau tidak sebenarnya apabila kita terlalu bebas dalam pemikiran , perlakuan dan pertuturan ,kita mengikat diri dengan halangan yang menjadi suatu tembok yang dicipta oleh kita sendiri. Seakan kita menurut kata hati kita sendiri sembrono sahaja membiarkan ia mengawal diri kita. Hinggakan ada di kalangan kita hilang kuasa ke atas kita. Maka wujudlah satu obsessi yang sememangnya adalah sebuah tembok penghalang terhadap penerimaan.

    Maka bebaskanlah diri kita daripada menurut kehendak sendiri. Serahkanlah diri kita pada Allah Yang Maha Kuasa kerana darinya kita akan faham isi kebebasan yang mutlak,kerana kita manusia yang sememangnya terikat dengan kekuasaan ALLAH TAALA- wallahuallam.



                                11 mei 2007.



                KETAGIHAN





    Obsessi atau ta'aksub adalah perkataan yang dapat menyampaikan maksud tajuk diatas. Ia semacam betuk pengabdian atau penyerahan terhadap sesuatu. Menjadikan ketagihan itu satu kelemahan pada diri kita. Kerana kita seakan tidak menguasai dan mengawal selia diri kita sendiri.

    Ketagihan terhadap benda adalah suatu perkara, satu kelemahan atas perlakuan. Manusia yang lemah akan menunjukkan keterikatannya terhadap sesuatu benda hasil dari pemikiran nya sendiri dan hanya semata-mata dirinya sendiri.

    Semacam individu itu tidak lagi mahu bertanggungjawab pada dirinya sendiri ,dipengaruhi oleh benda-benda yang sepatutnya berada di dalam kawalan nya sendiri dan penguasaannya sendiri. Perkara ini didorong oleh kenikmatan yang telah melitupi keburukan. Segala macam keburukan tidak lagi diendahkan. Jiwanya sudah obses ,dirasuk dan mengotori ruang fikiran nya sehingga dia melakukan perbuata yang di liuar asal perlakuan nya sendiri dan sehingga batas paling asas kemanusiaan itu dilanggar tanpa sedar.

    Tiada apa lagi yang dapat menghalang nya. Segala tetapan kebaikan bukan sahaja tidak lagi dicerna malah dimuntahkan semula bulat-bulat. Tanpa perlu penilaian semula, tanpa perlu apa dahulu rasa atau isi. Faedah dilihat sebagai satu perkara yang cuba memesongkan fikirannya. Satu kegajilan yang amat besar mengindikasi betapa kritikalnya ketagihan itu.

    Ketagihan sederhana pula merujuk kepada suatu keadaan individu yang berada di dalam dilema. Dia faham akan kebaikan meninggalkan ketagihannya, tetapi tidak mahu melepaskan nya atas alasan-alasan ciptaannnya. Kiranya belum sampai lagi 'cahaya hidayah' menyebabkan dia melakukan penangguhan. Menunggu untuk membuat rombakan. Dia tidak tegar namun tidak pula dia luntur cuma keadaan tidak pasti untuk melakukan perubahan agar dapat melenyapkan segala ketagihan.



                                11 mei 2007   

************************************************       

Kehidupan ibarat coretan kasar di atas kertas putih menunggu palitan warna-warna keindahan. Usahlah gelisah , masa akan menyembuhkan segala kesakitan, bertahanlah kerana kemanisannya pastikan tiba, nikmatilah ia dengan penuh kesyukuran...

************************

           




 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...