Sabtu, 8 Mei 2010


DO WE LIVE BY CHOICE OR WE LIVE WITH CHOICE


    Adalah satu persoalan yang berat kalau difikrkan. Tetapi apa kiranya salah untuk kita memahami sesuatu yang kita semestinya sedang alami atau sudah alami. Ramai orang berfikir , berkata atau melihat apa itu kehidupan yang sebenarnya. Namun , masih ramai yang benar-benar kurang memahami apa yang sedang mereka lalui.

    Hidup adalah peluang , bukan kebetulan kita ini hidup. Allah Yang Maha Kuasa-lah yang memberi kita peluang ini. Peluang ini datang sekali dan bagaimana serta keadaan ,rupa ia datang adalah satu anugerah yang amat patut kita syukuri.

    Pengamatan terhadap kehidupan berlainan bagi setiap individu. Malahan kitalah apa yang kita fikirkan bukan orang lain. Kita hidap bukanlah bersandarkan pada orang alain tetapi bergantung terus kepada Allah atas rahmat-Nya. Cuma yang berlaku hanyalah hubungkait manusia ioa memberi kesann sama ada baik atau buruk terhadap kita. Menariknya pula kita selalu berfikir bahawa hidup bergantung atau berpaut pada individu manusia lain sedangkan baik dan buruknya kehidupan kita adalah dari Allah Taala Yang Maha Berkuasa untuk mengajar, menguji dan merahmati kita.

    Kehidupan bukan bersandarkan pilihan tetapi kehidupan terdapat pilihan dan kita membuat pilihan melalui kehidupan tanpa melupakan garis panduan yang Allah berikan. Garis panduan bukanlah hanya peraturan menentukan apa yang baik dan apa yang buruk. Ia juga adalah sempadan dan benteng yang menghalang serta menghindari kesan buruk yang tidak sepatutnya kita dapat.

    Walaubagaimanapun terdappat halangan-halangan tertentu dalam pejalanan yang membuat kita merasa kesan buruk nya tetapi ianya hanyalah pelajaran di dalam kita memahami apa itu kehidupan. Salah kita menganggap sesuatu kehidupan yang baik adalah apabila ia satu perjalanan yang lancar, kerana di dalamnya sememangnya sudah tersurat dan tersirat pelbagai kejadian dan pengalaman yang akan kita tempuhi untuk kita fahami.

        Ingat! Pilihan yang dibuat kerana Allah akan senantiasa menjaga kita di dalam kegelapan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...