Jumaat, 2 Julai 2010

..al-kisah..

..(olahan atau adaptasi semula) seorang guru berkata pada muridnya yang baru selesai pengajiannya "wahai muridku baliklah kau ke kampungmu..sampaikanlah ilmu yang telah kau pelajari, jagalah ikhlasmu.. sampaikanlah dengan sabar.." maka jawablah si-murid "baiklah, guru" selepas beberapa pesanan lantas mengembaralah murid ini balik ke kampungnya. Di sana terdapat sebuah pokok yang rendang di tengah dataran orang2 yang lalu lalang menjadi pilihan murid melaksanakan pesan gurunya. Hari pertama dia menyampaikannya, ada beberapa orang yang berhenti dan mendengar ceramahnya. Hari kedua berkurangan pula bilangannya. Masuk hari ketiga tiadalah langsung pendengar nya, mereka hanya lalu lalang sahaja. maka timbul di hati murid ini " baik aku berhenti sahaja bukan ada orang yang mendengar aku" lantas tatkala dia sudah bersedia untuk pergi meninggalkan tempat itu terdengarlah satu suara dari seorang tua "wahai si-fulan tidakkah kau faham akan pesanan gurumu, kenapa tidak ikhlas hatimu.." terkejut si murid ini mendengar teguran itu. Insaflah dia dan faham lah dia akan pesan gurunya. Untuk hari besok dan seterusnya dia terus tanpa lelah dan penuh sabar di bawah pokok itu menyampaikan ilmunya. Semakin hari hari semakin ramai yang mendengar sehingga ada yang datang dari negeri yang jauh hanya  untuk mendengar ceramahnya.-FIN-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...