Jumaat, 2 Julai 2010

GAP

..jurang yang dalam telah melapisi segenap kehidupan manusia.. kasta yang tercipta tanpa sedar telah menjadikan banyak antara kita menjadi patung2 hidup,berjalan, makan, minum dan segala macam rencam kehidupan.lapisan inilah menjadi 'agama' baru mutakhir, agama pagan yang menyembah 'berhala' baru ,canggih lagi moden..pengganutnya semakin ramai,pejuangnya semakin berani, banyak konstitusi terbina dan sedang dibina, R&D tak pernah henti.Pelbagai corak baru ..jenama baru ..nama-nama baru tecerna darinya.
Sistem sosial mula dirombak.Keruntuhan juga berlaku dan sedang berjalan seperti tiada henti..negara ini makin jauh dan semakin dalam ke arah kewujudan neo-manusia,neo-sosial orde..peranan2 lama mula direvisi semula, dibuang mana yang difikir tidak lagi relevan hanya berdasarkan pendapat pemuka2 besar yang boleh diragukan tahap kebijaksanaanya..
Maka tumbuhlah benih2 baru yang langsung disulam dengan agama baru ini.jelas di depan kita masa depan yang penuh dengan tanda tanya.APAKAH DIA?SUDAHKAH MEREKA2 SEDAR? hanya masa yang akan menjadi saksi ..-FIN-

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...