Khamis, 26 Ogos 2010

belum bertajuk

."hahaha" ketawanya buat tubuhnya ikut menari-nari dalam satu.
"hisshh. cukuplah.."tegur kawannya yang berbaju hijau labuh itu." ..jangan melampau-lampau..?"
"maaf" sambil betulkan duduknya, kemeja birunya di periksa agar tidak nampak cacatnya. "maaf sahabat...tapi aku terkejut mendengar soalan dari orang semacam kamu..'jemu'?"
"aku masih lagi berdarah merah seperti kamu, sahabat..tiada bezanya ..apakah salah aku bertanya..?"tidak berpuas hati dengan kata-kata kawannya itu.
"bukan..eherm..bukanlah begitu maksud aku..cuma aku takjub dengan soalan yang keluar dari seorang memang ehem..ermm.. sepatutnya tidak kenal ' jemu' itu.."cuba menahan rasa ketawa yang masih bersisa.
membetulkan duduknya si baju hijau pun bersuara" memang dalam juangku dan ilmuku, 'dia' ;jemu itu adalah musuh..tapi aku masih insan yang lahir bersama sifat-sifat penuh kelemahan..maka ada kala diriku merasa 'lelahnya' dan 'tumpulnya'.."
"jemu ..?" terhenti sejenak si kemeja biru."jemu aku hanya pada 'gudangku' yang tak mahu penuh..ermm itu sahaja.."
si jubah hijau pun merenung. "...gudang itu... takkan penuh..."
"haa?.. apa.. samalah dengan jemu kamu itu.... takkan hilang.."
Kedua-duanya jadi diam. Lama.Panjang. Masing-masing terjun dalam lamunan dan alam fikir masing.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...