Selasa, 4 Januari 2011

lupakan mereka

sumber gambar:  http://kasamaproject.org/2008/07/
di selembar kain yang tercarik,
banyak cerita yang di canang,
tidak nampakkan jernih,
hanya  hitam yang jelas,
membusukkan lagi hawa,
begitulah sukanya mulut-mulut,
bercerita dengan isi-isi yang,
tidak kenal hujung pangkal,
suka dan girang atas perihnya orang,
budaya yang terjulang sekian lama,
tiada lagi tangan yang dihulur,
kanan dan kiri yang saling kenal,
tingga hanya  hodoh muka-muka
yang enak berpaling,
dan langkah yang menjauh,
biarlah dia sakit terus di situ,
BIARKAN..!!
tinggalkan sahaja mereka ,
mereka dengan gundah mereka,
 tinggalkan sahaja,
  BIARKAN...!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...