Selasa, 4 Januari 2011

minyak masak dan Mohd Khusrin

sumber gambar: http://dcfud.smorgasblog.com
..sedikit menjengah iklim negara  kita di dalam baru menyambut 2011.

    Riuh sekitar kampung aku tentang tiadanya minyak masak, pilihan yang tinggal hanyalah Marjerin bagi ayah aku dan minyak jagung untuk yang 'terlebih mampu'. Aku masih ingat sekitar beberapa tahun yang lepas ,pekara yang sama juga pernah berlaku, orang merentas 'daerah' mencari minyak masak(kelapa). Aku pun ikut sibuk mencarinya, seketika 'teruja' ikut gempar dengan kekurangan dan ketiadaan minyak yang peri pentingnya tak dapat lagi dipertikai lagi oleh sekalian kami rakyat bawah sini.
sumber gambar: http://tomhakim.blogspot.com

  Nak naik harga dan semua orang begitu pendapatnya.

    Betulnya ada dan biasalah kalau namanya ekonomi kapitalis dan politik demokratis. Oh ya politik demokratis, sebuah sistem yang diagung-agungkan dalam karya terbaru Micheal Moore.


Apakah asas Demokrasi?

okay aku terlupa letak Datuk depan nama dia, selepas minyak masak nama Datuk Mohd Khusrin nih meniti terus di merata tempat. Aku bukan merujuk kepada suratkhabar atau berita t.v. tapi seluruh kedai kopi, kedai    Mamak dan tempak bersidangnya forum bebas di luar sana. Semuanya dengan teori dan spekulasi masing-masing. Apa pendapat aku?

sumber gambar: http://www.malaysiakini.com/news/152328
  Mudahnya begini, dulu aku pernah beberapa kali bertemuduga untuk menjadi pekerja kerajaan yang sedihnya aku tak dapat walau sudah banyak kali temuduganya. (this day, you need to 'know' at least a YB to get a job even as a clerk in govermant services). Satu soalan yang aku teringat bila aku baca tentang kekecohan negeri Selangor ini.
Soalanya:
   Di dalam negeri Pahang(ok. aku orang negeri Pahang) siapakah yang berkuasa mentadbir dan mengurus semuanya?
 Menteri besar jawab aku. Salah balas Tukang tanya. Kemudian menjelaskan dan bagitau jawapan. Anda boleh agakkan?(wah, dah mcam soalan kuiz pulak)
sumber gambar: http://www.google.com.my/imgres

  Yang hari ini aku goreng telor mata kerbau feveret aku guna majerin lagi.

Apa sudah jagi pada tag negara pengeluar minyak sawit? orang lain sudah pegang ker?  beberapa bulan ader beberapa 'kawan' aku sibuk berkomplot(yang tak jadi) untuk menjual minyak masak di sempadan katanya (pada masaitu) di sana harganya mahal. Dengar cerita sampai nak guner kontena.

....hermm kat sana kut minyak masak?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...