Aku rasa bersalah
kerana last post aku bunyinya terlalu tertekan. Harap tak delah yang membacanya
ikut sama terasa. Sebenarnya apabila sahaja kita melihat cahaya di dalam
segenap mana pun kehidupan kita akan menjumpai keajaibannya. Hidup itu sendiri
adalah satu keajaiban yang di anugerahkan kepada kita. Hanya cara kita melihat
dan memandangnya sahaja yang mengubah banyak perkara. Susah atau senang
kehidupan adalah relatif semata. Hubung kaitnya dengan aspek di dalam kehidupan
itu yang menjadikan ianya begitu signifikan kepada kita.
Kita boleh tentukan apa sahaja bentuk kehidupan yang kita suka dan kebebasan itu di berikan oleh Allah Subhanahu Wataala. Kebebasan yang diberikan inilah juga yang selalu kita salahkan gunakan. Lalu terjadilah kepada kehidupan kita natijah kepada keputusan yang kita buat- samaada baik atau buruk. Kita yang sebenarnya menentukan baik atau buruknya keputusan itu di dalam kehidupan kita ini. banyak kita yang salah sangka tentang apa itu kebebasan. Kebebasan itu bukan bermakna kita boleh melakukan segalanya sesuka hati.
Aku sendiri sebenarnya di dalam banyak perkara meletakkan keputusan yang salah. Ya, terkadang akibat emosi dan pendeknya akal akhirnya kita mula menjelmakan banyak alasan dan menuding jari kepada orang lain hanya untuk melegakan hati dan fikiran. Menyatakan bahawa kesilapan itu bukan dari kita. Menafikan kesalahan adalah satu tindakan yang paling teruk boleh kita lakukan untuk diri kita sendiri kerana untuk satu jangka masa yang panjang , kesilapan itu akan kembali semula ke dalam pengkuan kita di dalam bentuk penyesalan yang amat dalam. Menjadikan kita terus sesat mendapatkan panduan hidup kita sendiri.
Pedoman yang baik akan menjamin banyak aspek kehidupan bukan sahaja untuk individu malahan orang berada di sekelilingnya. Malahan tidak melampau untuk mengatakan- ia akan mengubah dunia. Semuanya perlukan asas yang baik untuk membina pedoman yang baik juga. Malahan sumber rujukan utama kita iaitu Al-quran sering sahaja kita pandang sebelah mata. Sedangkan ia adalah rujukan mutlak yang begitu sempurna dan meliputi setiap aspek permasalahan kehidupan.
Akhirnya perlulah diingat bahawa ada sesuatu yang sering
kita lupakan dan tidak ambil berat seperti Al-quran itu dan hadis sedangkan
ianya ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Jadikan ianya panduan untuk
apa sahaja yang kita lakukan di dalam hidup kita. Insya Allah tiadalah kita
sesat di dalam menuju kepada-NYA. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan