Khamis, 10 April 2014

..

...bila sahaja menjelang pada rasa yang paling parah dan teruk aku mula berfikir akan apakah sebenarnya telah berlaku kepada aku ini. Apakah sebenarnya yang tidak sepatutnya aku lakukan , kalau dibandingkan dengan kesusahan yang aku pernah baca di dalam banyak cerita nabinabi dan terutamanya kisah Rasulullah S.A.W membuatkan aku rasa malu walaupun agar hujah (yang kurang cerdik) "..aku bukannya nabi.." "nabi tu lainlah" sebenarnya alasan ini direka oleh diri sendiri yang tidak mahu mengakui kesalahan dan tidak mahu menginsafkan diri untuk melakukan perubahan, melakukan apa yang sepatutnya dilakukan sejak dari dulu lagi. Iaitu berhenti melakukan kefasikan atau berada di dalam kefasikan itu sendiri, ya  aku tahu, akan Allah amat murka dan benci akannya. Aku faham setiap sudut yang aku perlu tahu, setiap perinci dan bahagian-bahagian halus tentang kefasikan. Mengetahui melayakkan aku tiket yang paling utama berbanding dengan merekamereka ( golongan jahil)  untuk dicampakkan ke dalam janji yang paling benar; NERAKA.

      Tiada lagi ketakutan paling dahsyat untuk dibandingkan seksa Allah di neraka tetapi di dalam perbuatan , aku seperti berbuat seakan ianya sangat ringan dan mudah sahaja bentuknya. Hinggakan tiadalah bentuk sempadan di dalam perbuatan aku ini. Semua kenikmatan yang telah dikurniakn langsung tidak aku gunakan dengan sebaiknya malahan aku taburkan sepertinya sampah sahaja. Setiap peluang yang telah dilimpahkan bukan sedikit malah tidak pernah putus untuk aku ini langsung aku tidak pedulikan. Aku membiarkan semuanya mengalir seperti air yang mengalir dari celahan jari-jariku ini. Tiadakan bersisa walau sedikit.

     Begitulah pasti akan semuanya kesudahan untuk diriku ini.

                           NAMUN..

DIA-lah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tidaklah akan ditinggalkan akan setiap jiwa itu sia-sia dan begitu sahaja. Dia yang Maha Mengetahui akan segalanya maka setiap detik dan ketika yang aku ada , aku bermohon tidak lagi akan disia-siakan kepada yang selain dari TAAT kepada-NYA.-amin.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...