Khamis, 3 Mac 2011

melankolia diri

keseronokan di dalam kerja akhirnya ditewaskan dengan tekanan untuk menghasilkan keuntungan daripadanya. Maka akan tersasar pula ia dari matlamat asal. Apakah akan ada lagi kemudian untuk perkara yang sebelumnya diniatkan dengan baik. Benarlah kita hanya mampu merancang namun lagi hebat pula perancangan Agung-Nya.
    Kini yang tinggal hanyalah lelah mencarikan maksud. Lelah menuaikan hasil dari tanaman yang sudah rosak.
Ha Ha Ha..hati dan akal pun bergelak ketawa ke atas diri yang jelas begitu bodoh menafsirkan segala isi dan duduk perkara.
    Terus ...dan terhempas ke dalam gelap yang tiada dasar. Lalu dengan payahnya untuk memerah sekalian kudrat memanjat diri keluar dari lubang gelap ini.
  

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...