..menariknya tentang kehidupan bagaimana kita berhadapan
dengannya seharian dan masih lagi tidak punya klu atau petunjuk tentang apakah
yang ‘sebenarnya’ kehidupan itu. kita menjalani dengan pelbagai keadaan dan
situasi.
‘Overwhelming’
itulah perkataan yang sesuai dengannya. Bukan dalam bentuk diskripsi tetapi
lebih kepada gambaran terhadapnya. Aku guna perkataan ini itu mengambarkan
bagaimana ia(kehidupan) sedang me’lemas’kan
aku di dalam keadaan yang paling positif sekali. Walaupun ianya ironis.
Rasa ditelan
sepenuhnya. Terlalu banyak kebaikan dan kebahagiaan hampir seperti ‘high’ orang
yang menggunakan dadah-apapun jenisnya. Pelik dan anih. Kehidupan me-‘nagih’-kan,
ketagihan yang dinormalisasikan dengan penyesuaian dan penyerapan kita terhadap
segalanya. Dikatakan itulah ‘kemandirian’ itu sendiri. Kita mengadaptasi setiap
perkara, unsure, factor, dan kepelbagaian yang berlaku di dalam kehidupan.
Kita belajar. Memahami
segalanya, walaupun di dalam pengulangan yang berterusan, di dalam jemu itu ada
sahaja perkara baru- berlainan tentangnya. Menarik dan mengujakan. Begitulah kehidupan
–sepositif yang mungkin dapat aku berikan. Namun versinya berbeza-beza kepada
banyak orang. Tidak akan mungkin setiap dari kita itu menghirup rasa yang sama
walaupun dari gelas sama. Perbezaan itu tetap wujud, menjadikan setiap dari
kehidupan itu unik hanyak untuk diri kita, kepelbagaian ini yang meng-indah-kan
kehidupan.
Walaupun ada yang
betul-betul ‘ tenggelam’ dan ‘lemas’ di dalamnya. Itulah lumrah. Seperti sahaja
yang diterangkan di atas proses normalisasi itu me‘lali’kan kita.
*normalisasi- adalah perkataan yang digunakan secara bebas, namun difikirkan amat sesuai dengan konteks keseluruhan teks. SK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan