Selasa, 17 Mei 2011

Selamat Hari Guru

gambar pinjam
..dalam banyak-banyak cikgu ,cikgu mana yang paling diingat..tentu yang banyak jawab: cikgu displin..atau cikgu yang pernah merotan kita..haha beselah murid yang nakal..rotan jer ubatnya...dulu kene rotan nih dah jadi adatlah..kene jerkah tu bilang hari..paling nak marah kat bebudak pengawas maklumlah kerana laporan merekalah , cikgu merotan-sehinggalah aku tiba-tiba di jadikan pengawas pada Form 5 ..yang ini lain cerita..

  Keduanya yang paling ingat(bagi kaum lelaki) adalah cikgu perempuan yang paling cun sekali kat sekolah..kalau kelas dia , pasti yang ponteng pun tak jadi ponteng..semuanya kerana cikgu cun...sampai kalau lalu bilik guru, on the way pergi ke bilik pengetua pun, sempat lagi intai-intai..haha macam -macam.

  Ade beberapa guru yang masih saya ingat :

Cikgu Khadijah
-guru darjah satu juga merangkap guru kelas, garang tapi sangat mengambil berat. Mengajar Bahasa Melayu kalau tak salah ingat..pindah ke negeri lain dengar ceritanya.

Cikgu Ahmad Nizar
-guru Matematik dajah tiga , senyumnya memang manis tapi pembaris panjangnya amat perit-insiden yang paling meninggalkan kesan adalah bila  kena beratur beramai-ramai dengan rakan sekelas menunggu giliran kene rotan-ramai pulak yang kene masa tuh ,tapi kurang ingat detail-nya-kerja sekolah tak siap atau ujian matematik banyak tak lulus. Kalau tak silap dia dah menjadi orang kuat politik.

Cikgu Mansur
-Guru kelas dan Matematik-sebelum balik kene jawab soalan matematik, saper nak balik kene jawab sampai betul-kalau salah dia cubit(dengan memulas) perut -fuh pedihnya tak usah katalah. Jumpa bebaru nih, masih lagi mengajar, tapi tak sangka rupanya aku ada bau-bau bacang dengan isteri dia.

Cikgu Ain(tak ingat nama penuh)
-yang nih jatuh kategori cikgu cun , masa Form 2, bujang lagi dia masa tuh, sekarang dah kahwin, kebetulan jugak dia ada adik yang sama baya dan sekelas . Cikgu Sains dan Bahasa Melayu.

Ustaz Zulkifli
-guru penolong kanan sekolah masa form five-kadang-yang peliknya boleh jadi kamcing dengan dia-GPK 1, dia-lah yang bagi saya peluang berkursus motivasi di dalam hutan-kursus kecermelangan SPM , paling sporting, Kadang-kadang dia ganti mana-mana mata pelajaran yang tak de cikgu tapi bukan nya mengajar sangat ,lebih kepada bercerita tentang pengalaman dia waktu belajar di Mesir(kalau tak silap). Sekarang dengarnya sudah menjadi pagawai di dalam Jabatan Agama Islam Pahang.

 ini sebahagian dari guru-guru yang saya ingat. Sekali-sekala ada jugaklah terserempak dengan beberapa orang.   Tetapi jasa-jasa mereka sebenarnya tidak akan dapat kita balas walau dengan apa harga sekalipun , mereka yang pernah menjadi ibu, menjadi rakan dan menjadi inspirasi buat kita semua. Namun kebelakangan ini Profession guru ini tidak lagi dipandang oleh Masyarakat. Kenanglah jasa mereka..dan susah payah mereka.

guru adalah ibarat lilin
*lambat sehari entri ini..tapi terkejut bila Hari Guru kali ini di sambut meriah di dalam t.v siap ada siaran langsung lagi ..memang bagus untuk guru-guru but still i sense a bit of PR thing behind its. Anyway Happy Teachers Day 2011(^_^)





2 ulasan:

uncle gedek berkata...

Jangan lupa guru silat....

sabdakalam berkata...

..haha..tak der pulak yang nih ,bro..cikgu yang pandai bersilat ada..


*lepaih nih nak tambah koleksi guru- cikgu sekolah memandu..haha(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...