Ahad, 6 Februari 2011

..melangut..???

..melangut-punya dua maksud yang merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

1.berasa rindu
2.duduk memandang ke atas, mencongak-congak dan lain lagi

sumber gambar:http://www.nydailynews.com/lifestyle/health/
  Aku punya kesukaan juga dalam aktiviti melangut ini(lebih kepada yang no.2). Selalunya memikirkan apa yang patut 'difikirkan' , baiklah masih lagi kenyataan yang separuh betul. Aku rasa setiap orang memang banyak terlibat dengan perkara ini tambahan pula bagi yang punya masa yang 'berlebihan'.
  Namun apa yang menarik apakah ada sesuatu yang boleh diperoleh dengan perbuatan. Sebenarnya bergantung kepada kualiti 'melangut' itu sendiri. Adakah ia dilakukan untuk menyelesaikan masalah?(aku pikir melangutnya Perdana Menteri lagi 'hebat' berbanding orang lain).
   Tanpa masalah pun ramai yang suka melangut. Biasanya bersesuain dengan 'suasana' yang betul..contoh di kala hujan sedang turun dengan lebatnya diwaktu petang dengan suasana yang cerah (sedikit)-mesti ramai yang melangut pada waktu seperti ini. dan lain-lain contoh lagi.
   Tetapi 'saudara' aku di Mesir sekarang ini tak punya kesempatan untuk melangut lagi mereka benar-benar dalam situasi yang bagi aku tidak mungkin dapat bayangkan lagi. Bayangkan di luar rumah anda riuh dengan jeritan-jeritan, rusuhan, ada hanyir bau darah dan bermacam lagi. Ermm.. sebelum terkeluar dari baik kita berhenti di situ dahulu. Insya-Allah Mesir akan  keluar  dari kemelut ini dan sekali akan membuktikan betapa kuatnya kuasa rakyat.
  Perbuatan melangut ini sebenarnya membawa kepada sesuatu yang positif. Yalah, untuk mereka melangut untuk berfikir kerana walaupun sejenak kita berfikir ianya lebih baik dari beribu perlakuan tanpanya. Harus diingat juga jangan terlampau melakukannya. Cuma melangut ini lebih dikaitkan dengan berangan-angan. Negatif secara ringkasnya. Itulah yang di terima pakai oleh kebanyakan orang.
   Sebenarnya semuanya bergantung kepada kita tidak kira dalam apapun perkerjaan(perbuatan) kita itu sendiri. Renungkanlah seketika 'apa 'itu' sebenarnya?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...