Selasa, 8 Februari 2011

Bahang hariku




Ada cahaya yang mengintai dari balik tirai jendela itu, membuatkan tidur siangku jadi tak lena. Mataku yang terpejam kini tinggal merenung kosong lelangit yang membahang. Di luar sana ada suara kecil anak-anak gembira dengan permainan mereka. Perlahan aku hanyut dalam alunan mimpi yang sedar. Detik mula mengheret lambat segenap inderaku. Tiada lagi kini suara yang memanjat ke telingaku. Tidak aku pekak dan tidak juga aku bisu hanya jasadku yang kian beku.

http://www.fanpop.com/spots/paranormal-state/images/1034108/
Cahaya itu makin mengintai-ngintai disebalik tiupan kipas meja yang tersengguk-sengguk di atas kerusi lama. Nyamannya tidak dapatku rasa kerana bahang yang menggigit seluruh tubuhku. Tengahari ini, segalanya jadi kosong. Kesekian kali nya hidupku berongga, rongga yang kian lawas memapas kilauan masa yang melintas pantas. Bilik ini mula tampak luas tetapi heningnya membuatkan nafasku jadi sempit..

Deruman 'sesuatu' di luar sana , di pucuk langit, yang tidak kelihatan olehku membawa aku semula pelataran sedarku. Pelataranku ini tidak mewah hanya dilapisi sekejur lusuh kain yang makin pudar warnanya. Kusam baunya setelah sekian lama menatang tubuhku. Namun ada rimasnya hari ini. Ya , semuanya kerana bahang itu. Bahang yang telah aku dambakan seminggu yang lalu. Waktu langit-langit tuhan tak henti mencurahkan tangis. Waktu tatkala seluruhnya dingin. Dingin yang membuat gerak Tariku jadi suram.

Ya, hanya beberapa ketika aku sudah mula menyampah. Menyampah akan teriknya hari. Bahang ini semakin perit untuk tubuhku terima. Ciumannya di kulit ini kini sudah menggigit. Nyatanya tiada yang bisa menyenangkan hariku. Tidak untuk rintih hujan. Juga tidak untuk bahangnya mentari. Aku tahu itulah sebuah rasa yang hadir di dalam kurangnya sujudku pada tuhan. Rasa yang…hadir pada hati yang mati dim amah hitam. Ya, rasa yang hanya hadir buat hati yang tiada syukur!!!

Kerana..hati ini kian rosak dengan selera kepada kerlipan senyum tawa Fana yang mendakap rapat segenap temulang. Kiranya hanya haus pada yang manis dan lapar hanya pada yang lazat. Kurang sudah keabadian sifat-sifat ma'aruf, hanya kian berjanji tanpa putus dengan nafsu. Nafsu seakannya tidak bisa kering lagi periginya. Arghh…bahang ini benar-benar melahap kering tubuhku!!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...