Khamis, 19 Mei 2011

Laksamana Hitam(preview ANDIKA)

hiasan  semata-mata di ambil dari:http://dark.pozadia.org/wallpaper/Black-Dark-Fantasy-Warrior/
..langkah Jendera makin laju menuju ke khemah Laksamana Hitam. Mukanya jelas cemas. Situasi yang akan berlaku nanti kini terbayang di fikirannya. Dia semakin takut tetapi ini adalah sesuatu yang perlu di lakukannya. Dia sampai di depan khemah Laksamana Hitam, mewah dan besar yang terukir di atasnya motif lama yang bersulam dengan benang emas lambang kekuasaan Laksamana Hitam. Dari  situ sudah kedengaran perbincangan yang hangat sedang berlangsung. Jendera menghela nafasnya buat kali terakhir dengan dalam dan panjang, kemudian dengan tenang yang masih ada , dia melangkah masuk dan serta merta semua itu hilang begitu sahaja bila dia terpandang wajah Laksamana Hitam sedang diam, duduk di kerusi berlapikkan kulit harimaunya itu bersama beberapa panglima-panglima pasukan tenteranya yang terdiam dengan kemunculan Jendera itu. Panglima Hitam, memiliki renungan yang tajam , tulang pipinya yang timbul dan jambang  hitam lebat yang tersulam dengan putih itu menampakkan kebijaksanaan  serta ketegasannya sebagai pemerintah 10,000 ribu askar.
  "apakah beritanya Jendera?" tanya Laksamana Hitam dengan suara garau dan dalamnya itu. Tersentak dan terdiam Jendera- seketika terasa lembut tanah tempat dia berdiri itu.

2 ulasan:

ong ong kedek kedek berkata...

bleh wat filem ni hahhaha...

sabdakalam berkata...

..cadang-cadangnya gitu lah..hehe

*tengah kumpul modal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...