Khamis, 21 Februari 2013

satu pertimbangan


                                                Ia sangat mengujakan apabila kita berdepan perkara baru, perkara yang belum dapat ditentu ukur akan potensi dan apa sahaja keburukan yang ada. Perkara baru yang membuka kita kepada apa sahaja yang belum lagi difahami. Ada juga sedikit rasa takut dan seram di dalamnya, semuanya kerana ketidakpastian yang terkandung di dalamnya. Aku setiap hari berdoa agar aku sentiasa berdepan dengan perkara yang aku mudah fahami, perkara baru ini walaupun mengujakan tetapi bukanlah perkara utama di dalam mana-mana jadual harian aku, malah seboleh-bolehnya aku akan cuba mengelak dari terlibat dengannya. Aku takut dengan ketidakpastian yang ada di dalamnya..kerana aku tahu sesuatu pasti berubah apabila aku mendekatinya. Aku bencikan perubahan sebagaimana aku bencikan perkara-perkara lain tetapi di dalam masa yang sama hati kecil meronta-ronta dengan kebosanan yang menghantui setiap masa yang ada. Aku bukan tidak pernah mencuba…atau aku sepatutnya berhenti mencuba kerana aku sebenarnya boleh melakukannya..aku pasti BOLEH.
                              Arhh….semunya memenatkan ..memikirkannya sahaja buat aku sesak. Aku tidak dapat bernafas. Seakan setiap ruang yang ada seakan menghimpit, setiap hari semakin rapat. Lalu aku ingin temukan sesuatu yang lain , berbeza pastinya…tetapi bukan yang baru..Cuma sesuatu yang baru tidak mungkin perkara yang baru..itu aku tahu! Aku takut sebenarnya untuk berdepan dengan kebenaran …berdepan perkara yang belum terjadi …adakah….aku takut dengan masa depan..adakah akan aku terus tenggelam di dalam nostalgia yang kadangnya adalah bukan milikku. Aku bertanya pada diriku  di dalam cerminn adakah ini yang aku mahu dari segala kemungkinan yang ada di luar sana. Segala kebaikan yang terkandung di dalam setiap hela nafas ini yang akan ku hirup setiap kali kaki ini melangkah kehadapan. Adakah aku akan sentiasa terkurung di dalam sudut yang paling sempit yang diciptakan oleh orang lain bukannya aku sendiri.
                Ya….semuanya aneh dan magis…semua berlaku seperti satu mukjizat jua pembalasan …aku tahu keduanya bukanlah sesuatu yang layak kepada aku yang penakut ini. Banyak lagi mereka yang di luar sana yang lebih memerlukannya selain dari aku yang sebenarnya tidak berapa pandai menghargai..tengok ‘tidak berapa pandai’ ..heh aku masih lagi cuba berselindung..sememangnya inilah aku..aku yang CACAT..terlampau banyak dengannya tetapi tidak pernah dihukum …tidak pernah sebenar-benarnya di hukum…atau aku tidak pernah sedar akan balasan yang pernah menimpa. Adakah semakin gagal di dalam memberi penilaian.......

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...