Sekarang
aku mengadap skrin laptop dan mengharapkan ada perkataan yang melompat keluar
dari kepala aku..erm itulah yang berlaku apabila kita …KOSONG. Semuanya yang
tadi( sebelum skrin computer ini dibuka) seperti bunga-bunga yang tetiba sahaja
kembang-serentak, kemudian bila dah mengadap skrin semuanya putih sama sahaja
dengan putihnya skrin computer ini sekarang. Jadi aku hidupkan radio untuk
dapatkan inspirasi dan lagu Stevie Wonder yang…herm best pulak. Ia memang
menghiburkan..walaupun bukanlah lagu kegemaran tapi ia bawa suatu mood yang
lain sekarang ke dalam stiuasi aku. Sebenarnya aku seperti ada yang ingin aku
tuliskan tadi , sekarang ia agak kabur..biarkan lagu En Stevie ia berjalan,
biarkan semuanya ‘mengalir’ dan terus ‘mengalir’. Arhh..lagu satu lagi ..ini
lagu yang aku betul-betul minat…artis yang menjadi kegemaran aku juga hampir
semua lagu dia aku minat..Bryan Adam ..wah lamanya tak mendengar lagu Heaven
nih..ia membuatkan aku merasa romantic tiba-tiba dan rasa tak perlu buat apa-apa
sekarang. Suatu perasaan yang menarik..nostalgik tiba-tiba, dalam erti kata
yang menarik dan positif walaupun aku sendiri tak berapa paham sangat apa yang
berlaku..yalah bukannya kau ada satu hubungan yang sangat romantic. Oh ya
hubungan masih lagi baik..tidak romantic itu bukanlah bermaksud hubungan aku
bermasalah tapi ..yalah dalam mana hubungan pun bukan setiap masa ianya baik dan lancer. Banyak yang tersilap
cakap dan buat. Tambahan pula kita berjauhan. Ia agak merumitkan untuk semua
yang punya pengalaman yang sama buat kita nak…teringatkan lagu-lagu romantic
yang sedih, lagu yang menceritakan tentang hubungan yang terputus. Sekarang
lagu yang kerap aku karaokekan Hello dari apa ya nama penyanyi dia yang selalu
sangat dikaitkan dengan suasana romantic…herm…arghh..tetiba pulak otak aku tak
berfungsi dengan baik hari..Ciff Richard..bukan tapi ada Richard rasanya…dahlah
tak payahlah sampai pecah kepala nak memikirkannya. Itulah kita kadang-kadang
menyulitkan suasana di dalam kehidupan kita memikir perkara-perkara trivia
sepertinya ianya sesuatu yang kalau tidak di ambil akan menyebabkan hidup kita
jadi teruk…tapi ada juga sesetengah trivia itu ada signifikasinya kepada kita
dan orang yang di sekeliling kita. Cuma …siapa sajalah yang hendak tahu semua
itu. Hendak tahu berapa kali lalat mengepakkan sayapnya kecualilah kalau aku ni
jurutera aeronatik …
Lagu
sememangnya ada kuasanya yang tersendiri sama ada menjadi inspirasi atau
mempengaruhi kita secara negatif. Semuanya lagu yang ada peranannya yang tersendiri.
Ada yang menjadikan sesetengah lagu sebagai lagu tema hidup mereka atau lagu
yang makna di dalam hidup. Ada yang menjadikannya kaitan terhadap
kejadian-kejadian penting di dalam hidup mereka seperti perkahwinan mereka.
Lagu juga memcetuskan nostalgia, memori-memori tertentu di dalam hidup kita.
Aku juga begitu Cuma sekarang tak dapat nak contohnya…maklumlah aku banyak
sangat minat pada lagu..koleksi yang banyak terkadang menyusahkan..malah ada
masanya tersalah kaitkan antara kejadian dan lagunya. Ya ..jangan bising aku
tidak ada lagu tema hidup aku..atau..hemm mungkin..satu lagu..klasikal yang
dulu aku sangat-sangat suka dengarnya..malangnya ada bahagian yang agak tidak kena pada aku..dan aku tak
pulak siapa penciptanya..Mozart atau Beethoven …mungkin bukan keduanya..dah
lama sangat aku tak dengar lagu tu pun bukanlah aku selalu sangat dengarnya.
Biarkanlah. Tapi aku memang minat lagu lama..50an 60an 70an 80an terutamanya
lagu 50an dan 60an ,lagu inggeris kebanyakannya bukan aku bias dengan lagu melayu,
Cuma kau jarang sangat dengar lagu melayu..bahkan aku banyak dengar lagu
inggeris lama kerana kau sukakan saluran radio Lite and Easy. Saluran yang aku
dengar semasa sautu masa dulu aku kemurungan dan menganggur. Aku tak tahu
kenapa aku pilihnya tapi dia menjadi kegemaran aku , masa itupun saluran melayu
tak ada SinarFM atau KlasikFm. Sekarang
pun mereka dah pandai meng’utilasi’kan semua koleksi lagu lama untuk tujuan
komersil mereka.
Apa-apa pun lagu
atau jenis muzik yang kita minat semuanya diharapkan member kesan positif
kepada kita. Dengarkanlah apapun tetapi kita fahamkan dan dalaminya dengan baik
agar tidak berlaku ‘salah terjemahan’ di dalamnya. Hidup kita adalah
interpetasi terhadap apa yang kita dengar,itu salah satu aspek darinya. Bertanggungjawablah
dengan apa yang kita dengar….
2 ulasan:
jiwa melayang ke der..
ape daa
..melayang? itu soalan yang bagus..
Catat Ulasan