Kenangan.
Kenangan biasanya dimaknakan sebagai memori-memori silam kehidupan. Ia merujuk kepada memori yang baik atau mengembirakan. Amat jarang ia dikaitkan dengan sesuatu yang menyedihkan. Kehidupan ini ibarat gudang yang tersimpan di dalamnya pelbagai perkara dan peristiwa. Manusia sememangnya unik di dalam membentuk memori kehidupan mereka. Kehidupan itu juga merangkumi pelbagai aspek dan mempunyai bahagian serta tahap-tahap yang tertentu yang telah ditentukan oleh individu itu sendiri.
Di dalam mencerna kenangan mereka yang tersendiri manusia selalu dan suka mengaitkan dengan suatu jangka masa tertentu. Periode-periode ini dibahagikan kepada beberapa peringkat antara yang biasa digunakan adalah : kecil,remaja ,dewasa dan tua. Peringkat ini juga menunjukkan pembangunan tahap memori itu terjadi, semasa kecik biasanya banyak dikaitkan dengan kenangan yang indah dan ceria. Peringkat di mana semua perkara disekeliling itu masih perkara baru dan belum lagi diteroka. Maka peringkat ini lebih berbentuk pengembaraan. Setiap hari itu dipenuhi dengan aktiviti yang dikira menyeronokkan. Maka bolehlah diputuskan bahwa periode ini merupakan pada kebanyakan manusia itu adalah sebuah kenangan.
Semasa remaja perkembangan tadi berubah kepada pembelajaran soal betul atau salah sesuatu aspek kehidupan itu sendiri. Maka di sini berlaku banyak penentangan kerana di peringkat ini adalah suatu peringkat untuk menentukan idea atau menyatakan idea mereka yang tersendiri. Semasa proses ini banyak kenangan itu berbentuk kolektif yang merujuk kepada sebuah peristiwa yang dikongsi bersama sesama mereka. Kenangan yang terbentuk merujuk juga kepada sejauh mana impak kenangan itu kepada individu atau kumpulan. Peristiwa yang dirujuk didalam kenangan itu diambil kira dan digazetkan sebagai suatu kenangan penentu arah mana seorang individu pergi atau melangkah nanti.
2 ulasan:
kenangan itu sentiasa mengusik.....
dan kenangan itu jualah makna hidupmu
Catat Ulasan