Jumaat, 18 Februari 2011

dua kejap..


Amaran:ini bukan sebuah karya sastera.


 

 Dulu aku pernah pernah marah dengan duit  ..yup, terpekik ,terlolong mengenainya. Bukan benci duit tak mau sibuk berhambat, mengejar duit. Sekarang bukan aku nak marah lagi. Cuma sesekali nak meringankan otak yang tengah 'loaded' dengan banyak perkara.

   Mesti ada orang tanya :''apasal pulak sabda kalam tulis macam nih?" "nih bukan sabda kalam nih?" mungkin ada sahabat yang  pernah baca tulisan aku yang lain. Yang tidak ber'warna' seperti yang ini. Pada yang lain , hari ini kita putar 360 darjah. Saya juga orang biasa dan memang dilahirkan biasa. Trivia cuma.
    Sesekali ingin juga bicara sebagaimananyer biasa. Kata guruku guna nama pena 'sabda kalam' ada sumpahannya yang tersendiri. Memang betul! Terkadang terkial -kial juga bila mahu 'bersabda'. Bunyinya seperti tiada keikhlasan. Terpulang padamu semua wahai teman. Tidak mungkin ada jujur sekiranya aku sendiri yang berkata "aku ini ikhlas"

     Cuba sedaya mungkin menjernihkan hati untuk memberikan yang terbaik.Cuma, bila menulis seperti ini terasa seperti hilang 'rasa'. Terkadang nak menangis pun ader yalah bila waktu nak 'order' minum pun terasa nak berpantun. Bukan niat untuk bersenda akan sastera kerana aku akui sastera membuat pandangan ini lebih 'berpelangi' dan 'beraneka rasa'.

   Dan dari dulu ia wujud dalam diiri. 'indah bahasa indahlah budi'. Menulis bukanlah untuk 'mencari sesuap nasi'(belum lagi) tetapi aku menghargai nilainya. Menghayati peri pentingnya. Aku bermohon (selalu) jangan lah ada kesombongan di dalamnya. Jua bukan untuk menunjuk-nunjuk.

    Hah, yang satu ini..memang bermasalah sangat dengan aku iaitu 'menghabiskan sebuah cerita'. Fuh, banyak sangat yang sudah tertangguh. Alasan: bila waktu mengadap ajer skrin terus 'hitam'. Punca sebenar adalah kurangnya "komitmen' dalam diri. Sekiranya ini mata pencarian aku nampaknya kebulurlah jawabnya.

     Terkadang singgah membaca dan melihat tulisannya orang timbulah rasa kerdil diri ini dan..itulah..inilah. Bukan perkara baru(orang lain semua dah tahu) karya komersial dan sastera saling menentang antara satu sama lain. Seperti KOSMO dan INTERLOK. Antara yang keduanya yang pertama menang dari segi 'ekonomi'. Tertanya sekali jugak mungkinkah boleh wujud sesuatu sederhana di antaranya. Yang pastinya selera umum tetap pada yang "ringan'.

    Baiklah..dah terlalu panjang ini bebelan, jadi kita putuskan dengan serangkap pantun  :


 

jiwa kacau lagunya risau,

irama syahdu meruntun kalbu ,

bersenda resah di balik gurau,

sungguhpun pilu masih dirindu,(^_^)


 


 

http://www.poetseers.org/poem_of_the_day_archive/poems-self-pity/

-bacaan sebegini akan berada di
http://sedu0akal.blogspot.com/  . Harap Maklum.
P.S: "another self-indulgence thingy"

sabda kalam 2011

2 ulasan:

shahirahkhairudin berkata...

sama lah kita.. asal mengadap skrin, jari ni mula nak membenam papan huruf, terus blank.. lehai lah..

sebabnya komitmen.. bila sehari, dua hari tak menulis, momentum tu dah lari.. sabo je le..

sabdakalam berkata...

betul sangat-sangat..komitmen dah jadi komit jer..hehe-kepala dah jadi kelabu asap(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...