http://loremipsum10.blogspot.com/2011_04_01_archive.html |
Berbicaralah wahai teman untuk dirimu itu dengan mereka, sahabatmu,sayangilah ,hargailah , kerana mereka itulah permata hidupmu. Tanpa mereka nyala api hidupmu itu tiada bisakan nampak. Hadirlah bersama mereka, bergandinglah sesama mereka, berpaut sesama mereka-biar terbina kubu yang utuh agar dapat kiranya dunia ini kau rajai. Mustahil itu akan jadi hanya perkataan bilamana bersama mereka.
Ingatlah ,kota yang runtuh bukanlah kerana kehebatan seorang Panglima tetapi oleh kesatuan hati seluruh tenteranya. Lalu bagaimana jika dibelakang mu ada mereka; sahabat-sahabat yang bisa mendokongmu. Dunia bagimu akan nampak enteng sahaja nanti. Namun usahlah kau mendongak bila sudah dijulang..pimpinlah tangan mereka bersama-sama..ayuhlah !!! CARILAh mereka!!-sahabat-sahabat yang mendepang tangannya menantimu..
4 ulasan:
Aku suka betol duduk kat pantai sorang sorang macam tu...
(Tapi kalau ada awek mandi lagi suka)
Lalala...
..pergh kalau macam tuh aku pun...heheh
*pernah mandi lumpur kat pantai Morib kena hentam dek 'coach2' kursus motivasi..
sangat memerlukan sahabat kini..huhu...T_T
..semoga akan dapat menemuinya nanti saya doakan..kerana 'mereka' adalah anugerah di dalam hidup setiap dari kita..
[ehemm kat sini ada nih(^_^)]
Catat Ulasan