Rabu, 18 Mei 2011

hari ini dan masa depan

..apakah yang kita lakukan hari ini yang akan mengubah  orang lain seumur hidupnya?

   Semuanya..apa sahaja yang kita lakukan hari ini mempunyai kesan dan impaknya yang tersendiri..dan di sini terpikul suatu tanggungjawab yang berat -sekiranya kita teliti dengan jelas- tetapi bukan lah bermaksud hidup ini akan jadi tawar dan hambar..namun setiap langkah kita itu dikira.

    Apa yang telah kau telah berikan kepada orang lain? tanya guruku juga sahabat baikku.

 [ Menurutnya 10 bahagian di dalam hidupnya hanya  satu bahagian diperuntukkan untuknya dan ya ,aku sendiri tidak mampu melakukan sesuatu seperti itu. Mungkin segala hujah yang akan berikan hanya akan menunjukkan betapa hipokritnya aku. Harusku akui bahwa aku tiada jawapan untuk soalan yang pertama tadi mungkin ada untuk yang kedua itu ..ada tapi tidaklah cukup untuk dijadikan contoh.]

   Peranan yang diberikan sejak dari kita dilahirkan adalah klu pertama untuk menjawab soalan yang pertama. Seterusnya memahami dan mencari adalah potensi yang ada di dalam diri. Kemudian mengadun keduanya hingga membentuk siapa diri kita yang sebenarnya.

    Kesilapan yang banyak orang lakukan adalah cuba menjadi 'orang lain'..

  Menjalankan peranan kita dengan baik walaupun hanya sebagai seorang pengutip sampah sekalipun sudah cukup memberi kesan yang signifikan kepada individu yang lain.

[Cuba sekiranya si-pengutip sampah itu tidak menjalankan kerjanya dengan baik. Apakah kesannya untuk sebuah perumahan? belum lagi kita lihat kepada individu-kamu balik dalam keadaan letih , sampai di rumah di sambut dengan keadaan sampah yang masih berlonggok di depan rumah, apakah kesannya kepada kamu dan seisi rumah kamu?]

    - sifat-sifat individualism yang makin jelas dan nampak dari hari ke hari..semakin goyah setiap jalinan   rasa sesama manusia dan insan itu sendiri. Masing-masing punya agenda dan kepentingan mereka yang tersendiri untuk dipenuhi.

     *seorang saintis di tanya orang tentang bagaimanakah nanti 'wajah' masa depan, dia hanya menjawab "soalan itu sepatutnya ditanya kepada guru tadika bukan saya kerana bukan teknologi apa yang akan ada masa depan yang penting tetapi generasi yang bagaimanakan nanti..."

   
   

http://randsco.com/index.php/2008/09/10/starting_kindergarten
    

4 ulasan:

ong ong kedek kedek berkata...

'jadi orang lain'

itu kesilapan yang selalu kite buat huhuhu

sabdakalam berkata...

..memang betul!!
lepas mulalah keliru dengan diri sendiri..ahaks..

*bagaimana orang menilai diri kita sepatutnya tak memberi apa2 kesan pad kita.

ILA HonEyBuNNy berkata...

setuju tu..

jadilah diri sendiri...jangan berpura2...

It's Not How Good You Are, Its How Good You Want to Be...

sabdakalam berkata...

..kita adalah yang terbaik untuk diri kita dan mereka yang di sekeliling, andainya kita tahu di mana letaknya diri kita


*(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...