Ahad, 15 Mei 2011

spontan

..ya..harus di akui bahawa saya bukanlah orang cukup spontan..ulang semula SPONTAN bukan sporting . Orang yang spontan ini sebenarnya orang yang punya sifat adventure yang tidak kenal sempadan.

  Jadi saya adalah orang yang tidak adventure . Susah sebenarnya untuk bertindak secara spontan lebih-lebih lagi jika kita (saya) terlalu 'panjang' memikirkan setiap aspek yang ada.

Okay ..memang betul kita perlu berfikir sebelum bertindak..tetapi pernahkah kita terfikir sekiranya jika sesuatu peluang di depan kita begitu sahaja terlepas dan terbiar kerana kita tidak spontan.

    Haa... selalunya kita akan spontan bila sesuatu menguntungkan malah jelas dengan faedah-faedah yang menanti.

 Secara tipikalnya orang melayu(bukan semua) bukan lah orang yang berfikir panjang dan sedikit spontan(tapi tidak begitu adventure). Kaum wanita (bukan semua) adalah lebih spontan berbanding kaum lelaki disebabkan satu perkara EMOSI . Ya ..emosi.(o.k berhenti di situ sahaja).

 Bila berduit atau banyak duit dalam poket ..maka waktu inilah semuanya jadi spontan walaupun pada yang bukan langsung  spontan..mungkin ini lebih berat kepada kaum perempuan. Baik, sudah terlampau berat sebelah pulak bunnyinya.

  Terlampau spontan adalah tidak baik sebenarnya ; setiap perkara itu harus diteliti dengan baik dan jelas agar sebarang keputusan yang dibuat itu tidak akan membawa hasil yang tidak diinginkan nanti. Spontan atau tidak terpulang kepada apa yang tersedia di depan kita ,penilai yang baik adalah apabila dia berjaya membuat keputusan yang baik(sama ada cepat atau lambat) bergantung kepada keadaan yang diberikan.....

http://www.crystalinks.com/shc.html
pembakaran spontan :sebuah fenomena  masih menjadi misteri  di dalam sains dan para penkajinya. 
Sabda Kalam 2011


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...