Jumaat, 15 Februari 2013

2013

       Sudah terlampau lama  aku tak menulis di sini, pelbagai yang terjadi dan masa berlalu seperti sungai yang deras, keruh dan buas..semuanya diheret bersama. banyak tebing yang runtuh. Banyak ..sehinggakan aku tidak tahu di mana ia bermula..arus yang ini. Kehidupan aku ini telah berubah sepenuhnya dan aku belum dapat menghadamkan semuanya. Aku cuba menidakkannya dengan beralasan yang bukan-bukan.... yang pastinya semuanya telah ditentukan oleh Allah. Aku tahu...aku sedar mengenainya sejak aku faham dan mengenali konsep Tauhid tetapi semakin kita dewasa semakin kita lupa diri akan betapa lemahnya kita apabila berhadapan dengan ketentuanNya. Aku hampir sahaja hilang jejak dan arah bila berdepan bahagian kemuncak ini- di dalam kisah aku ini. Aku cuba untuk menafikan semuanya dengan berpaling dari apa yang ada di hadapan aku. Ya, aku tidak berjaya, kita takkan dapat lari dari kehidupan kerana dia adalah 'kamu'.
                Baik....tak ada bagusnya aku terus bermelodramatik, 2013 adalah tahun untuk sebuah perubahan baru dan unik -insya Allah, harus aku dan kita semua persiapkan diri untuk melangkah bersama ke dalam tahun yang akan membawa sesuatu yang indah hendaknya. Jadi inilah kembalinya aku semula ke sini untuk mengisi laman ini yang sudah lama kosong. Aku tidak akan menjanjikan apa-apa cuma berdoa dan berharap lebih ramai yang akan bersinggah di sini dengan apa yang bakal nanti aku hidangkan.
         
                         Mari aku mulakan dengan satu perkataan.......  Ketabahan


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...