Menulis ini bagaikan berada di sebuah daerah yang paling
sunyi sekali. Begitu sunyi sehinggakan terasa terkadang terkeluar dari garisan
kewarasan seketika. Aku merasakan ianya amat susah dan menggerunkan apabila
berada di dalamnya bagaikan dibogelkan di hadapan ribuan orang sahaja rasanya.
Aku tahu aku perlu melawan semua ini. aku tahu perlu melakukannya untuk
mencapai apa yang aku impikan selama ini. inilah impian yang masih tinggal
untuk aku. Pengorbanan perlu dilakukan untuk mendapatkan. Sememangnya, untuk
mencapai apa sahaja perlukan pengorbanan. Aku tahu akan hakikat ini. aku amat
faham akannya. Semuanya membuatkan aku merasa lelah seketika. Membuatkan aku
takut. Takut? Ya, aku amat takutkan daerah ini. daerah yang amat asing ini.
daerah berdarah, daerah yang dahagakan darah ini. mengerikan bunyinya. Tapi
inilah kebenaran tentangnya yang telah banyak meragut banyak nyawa dan jiwa.
Juga kesekian kebijaksanaan dan kewarasan yang ikut sama terkorban dan terheret
olehnya, makanya aku ini, yang kerdil lagi lemah untuk melawan semuanya ini.
Herm…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan