Tanggungjawab.
Tiada perkataan yang lebih dahsyat darinya (bagi akulah) kerana aku tahu
implikasi dan signifikasinya kepada aku. Senang cakap ia adalah sesuatu yang
menghantui hidup aku –cukup lama -sehinggakan sekarang aku masih lagi cuba
menghadamkan setiap yang berkaitan
dengannya seakan ia menghantui kehidupan aku. Kebelakangan ia bukan satakat
menghendap aku tspi memeluk aku sehingga aku sesak nafas dan ….terasa …
semuanya seakan berakhir sekelip mata seandainya aku leka sahaja. Sememangnya
aku belajar memahami perkataan yang maha besar ini tanpa relanya dan aku juga
mengakui bahwa aku ini adalah orang yang sangat teruk di dalam memahaminya
kerana itu aku sejujurnya lebih rela sekiranya aku tidak dikaitkan dengannya.
hiasan semata-mata |
Aku
juga semakin jengkel dengan banyak pekara dan ini membuatkan setiap perkara yang
aku buat jadi sesuatu yang memualkan. Aku cuba mencari puncanya, apakah
sebenarnya yang berlaku di dalam hidup aku , apa yang sebenarnya berubah,
mencari alasan kenapa semuanya berlaku, kenapa sekarang??…ah! aku terlupa
sebenarnya dengannya, bodohnya aku..aish, entahlah..-apa yang terjadi adalah
kesalahan aku sendiri yang tak mahu membuang ..ya! ini dia, sifat penting diri
sendiri aku -yang sedang meratah hidup aku sekarang…ia meratah dan melahap dari
dalam sehingga ke luar. Tanpa aku sedar selama ini aku tidak pernah ikhlas di
dalam apapun perkara yang aku buat…owh, adakah selamanya begini aku akan
hidup…aku semakin hilang arah…kabur dengan apa yang sebenarnya ingin aku buat
dengan hidup aku. Segalanya kini semakin jauh dan jauh dari genggaman. Lebih
tepat aku katakan bahawa aku telah buntu segalanya makin tidak
menentu..semuanya.
Aku
ingin mencari semula segalanya yang hilang itu dan kenapa ia hilang? Aku
inginkan jawapannya kerana mungkin..ya,mungkin di dalam jawapan itu bakal aku
ketemukan sebuah kenikmatan yang sudah hilang..kenikmatan..ahh… kenikmatan di
dalam segalanya. Kini yang tinggal hanyalah rutin kehidupan tiada langsung makna
dan segalanya makin lenyap di dalam lautan-tanpa rasa..bayangkanlah seluas-luas
lautan tiada setitispun yang dapat dihirup untuk pelepas dahaga.
[Kebodohanku seakan tiada sempadannya,
baru semalam aku mempebaharuinya dengan membuat satu keputusan yang amat
mementingkan diri. Aku takut …semakin takut dengan diri aku sendiri , takut
kepada apa yang bakal aku jadi….ketakutan ini semakin hari semakin besar
sehinggakan aku mencipta bayangan dan ilusi yang bukan-bukan… aku masih lagi
gagal di dalam menemukan diri aku yang sebenar dan aku tidak punya waktu yang
banyak untuk digunakan mencarinya semula. Aku sudah tidak punya lagi kemewahan
waktu itu.]
Aku
cuba-mungkin tidak bagus kalau aku cuba meletakkan semuanya ini dengan suatu
punca sahaja. Aku mungkin boleh katakan atau menyabitkannya dengan satu
kejadian atau perbuatan tetapi apa yang berlaku hanyalah kesinambungan …atau
ianya suatu yang sepatutnya berlaku. Sebenarnya apa yang sepatutnya
berlaku…adakah ia patut sebagaimana ia sepatutnya berlaku. Itulah rahsianya
kuasa takdir illahi, semuanya seakan tiada apa-apa tetapi apabila ia berlaku
semuanya berubah dengan cepat sehinggakan tiada ruang untuk menarik nafas
walaupun sekali.
Setiap
tindakan walau sekecil mana tidak sepatutnya diperkecilkan signifikasinya
kerana ia bakal menjadi suatu yang menggegarkan setiap sudut kehidupan walau
sekukuh mana binaannya. Kehidupan , selagi ia punya kaitan dengan banyak nyawa
maka berdepanlah dengan segala persoalan yang sepatutnya engkau jawapkan kerana
aku sedang menghadapinya sekarang dan segala jawapanku semuanya salah belaka dan
aku semakin tidak yakin dengannya. Aku merengsa kerana kebodohan aku di dalam
membuat pertimbangan yang sewajarnya. Maka yang tinggal hanyalah persediaan untuk menghadapi bahagian
yang seterusnya dan memastikan bahawa langkah yang seterusnya tidak lagi
tempang. Sekiranya tidak dapat kesalahan itu dielakkan sekurang-kurangnya aku
boleh lagi mengurangkan jumlahnya dan kesan darinya.
Namun walaupun
dengan terjadinya semua itu, aku masih bersyukur dengan sagala kurnian-NYA. Segala
yang berlaku hanyalah balasan atas khilaf yang aku perbuatkan sendiri, bukan
orang lain, atas alasan apa sahaja, semua salah aku sendiri. Sekarang aku hanya
perlu bersabar , menyusun semula, mengutip mana-mana yang tercicir, membina
semula akhirnya melahirkan sesuatu yang terbaik dari semuanya. Aku tahu, ia
perlukan masa, kekuatan-hati-jasad-akal, kesabaran yang tinggi. Ketabahan dan
kebijaksaan. Yang paling penting adalah aku masih ada DIA-ALLAH-TUHANku-YANG
MAHA ESA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan