Jumaat, 11 Februari 2011

suatu proses

http://www.quotesarcade.com
..kita (banyak) hilang dalam proses membaurkan warna untuk mengindahkan setiap benda dan perkara di dalam hidup. Itulah fakta. Namun hakikatnya kita tak pernah nyata dan wujud yang ada hanyalah biasan sebuah pemikiran. Terhasil dari pembawaan dan pengaruh yang ada di sekitar sehingga membentuk suatu yang tampak nyata. Proses ini terus berjalan sehingga akhirnya ada yang terperangkap di dalam dogma yang diciptakan sendiri. Sehingga menutup banyak lagi ruang untuk memahami dan mendalami apakah itu yang sebenarnya.
         Hidup bukanlah ilusi tetapi ruang itu. Ruang yang 'menipu' di sebalik tirai keindahan kerana seseungguhnya kebenaran lebih indah dan suci. Tetapi kita yang memilih untuk 'meletakkan diri di dalam sesuatu situasi' bukan sebaliknya.  Seterusnya penjara itu terus kukuh dan mengunci segalanya tentang peranan.
   Apabila terlupa apakah watak dan peranannya, kita akan hilang peka di dalam proses itu. Lalu seelok mana pun perbuatan atau cuba menghiaskan dengan kepalsuan tetapkan tidak dapat menggantikan kebenaran. Yang tinggal hanya persepsi ciptaan dari situasi dan tumbuhnya kercerdasan akal menjadi susut dan akhirnya mati bersama hati.


     Ke tempat yang salah kita ajukan soalan! Kepada yang bukan hak kita bermatian usahakan!


Tetapi kita mudah menudingkan jari ke langit atau ke wajah-wajah yang lain.  Di awal proses , semuanya tersedia yang tinggal cuma untuk memahami dan menafsirkan isinya. Di tengah proses, hanyalah tindakan berdasarkan pemahaman dan keputusan yang di buat. Akhirnya proses itu menghasilkan buah yang masak/separuh masak/ muda/buruk.
    
     
    
http://www.davidhorvitz.com/if/
Kita yang memilih keadaan bukan keadaan yang memilih kita..!!!!

2 ulasan:

*~pby~* berkata...

Puisi ini membuatkan diriku termenung panjang ..t/k SK.*~pby~*

sabdakalam berkata...

>pby
..pemahaman membawa kita jauh. terimakasih atas komennya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...