Sabtu, 16 April 2011


http://mrsmmersing.blogspot.com/

-Salam pagi sabtu. Jam nenunjukkan 8-30pagi  walaupun aku baru beberapa jam sahaja tidur tapi mata aku sudah menyatakan cukup. Malam tadi ditemani sahabat aku D yang  datang atas alasan untuk mengisi hari yang membosankan katanya. Sekitar bandar kami merayau tanpa haluan...dan akhirnya memilih untuk bertinggung di atas jambatan lama , menikmati panorama malam dan bulan purnama sambil dibekalkan dengan sedikit makanan- minuman ringan. Jambatan patah, suatu masa dulu inilah satu-satunya jambatan yang digunakan untuk ke bandar. Anehnya dahulu aku fikir jambatan ini sememangnya patah dek sebab oleh banjir -itulah antara teori yang ada di kepalaku. Sehinggalah beberapa bulan lepas , terjumpa gambar di dalam Facebook yang menceritakan hal yang sebenarnya. Jambatan Rel -begitulah namanya jikalau tidak salah ingatanku-jambatan-mudah-alih separuh tiang batu dan sebahagian kerangka besi. 
      Malam tadi sebenarnya di dalam kategori 'buang tabiat', dua lelaki dewasa, melepak di atas jambatan, bercerita. Kebanyakan banyak berkisar tentang kisah kerjaya D dan rutin-rutinnya. Sangat teperinci ceritanya.  Sehingga aku mencari apakah signifikasinya kepada aku. Kemudian kami bernostalgia tentang kisah lima tahun dahulu. Di suatu tempat yang dingin , di atas bukit , 'Las Vegas' Malaysia pernah kami menuai pengalaman di situ. Lima tahun.. banyak ..sangat banyak yang berubah , mungkin hanya aku yang......belum. Dalam tidak aku sedar masa telah banyak berlalu , bernostalgia mengenai kisah-kisah yang lama mengingatkan aku tentang usiaku. Hakikatnya aku bukan lagi remaja 18 tahun yang semuanya nampak menarik dan 'adventure'. 
  Di bawah jambatan ini aku nampak arus yang deras berlalu. Airnya telah berubah. Pusar-pusar air yang timbul membangkit sedar aku akan hakikat hidup yang semakin hilang dari gengaman. Di atas bulan tersenyum sinis memandang..aku.


****
    " duduk di Bandar nie , tiada yang 'adventure' lagi..kalau nak 'adventure', kene keluar D"

            "aku dah belajar menerimanya.."perlahan sahaja D membalas ,aku agak terkejut tetapi mungkin ada betulnya katanya dia, yalah..dia pun sudah ber'dua' sekarang ,tidak  lagi bebas seperti aku.



****

manja alam berubah sedar,
menyengat akal di arus waktu,





Sabda Kalam 2011

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...