Sabtu, 16 April 2011

..pukul 5.52 petang. Sunyi. Hanya tinggal aku seorang. Di depan aku mencari paparan demi paparan untuk mengisi masa dan ruang terluang ini. Menjejalahi dunia maya yang tanpa ada sempadan ini. Terkadang ada bunyi enjin-enjin motorsikal di luar sana dan paling jelas bunyi kipas yang dari malam tadi belum bertutup. Aku bukan mengunci diriku di dalam bilik tetapi masih belum jumpa sebab yang bagus untuk aku keluar. Siang yang berubah hanya terasa pada bahang dan teduh cahaya pada langsir billik ini.

http://www.flickr.com/photos/wolfjaw/4007339498/
Mahu sahaja aku jelmakan sebuah puisi untuk membicaraka soal sekarang namun terasa kurang cocok. Tetapi ssebenarnya untuk aku carikan sepotong ayat pun tidak mungkin sekarang ini. Semuanya gara-gara sunyi. Aku sedar yang manusia itu sentiasa perlukan teman. Hakikat yang tidak mungkin boleh diubah lagi. Ya ..walaupun matinya dia tetapkan...sunyi.

 Nampaknya perkataanku semakin liar. Hmmm bayu di luar sana bisiknya makin garang mungkin bawa bersama kabaran ribut dari jauh. Iya..mungkin malam ini akan hujan di sini dan aku.........masih lagi 'terkunci' di sini.


Sabda Kalam 2011

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...