Khamis, 28 April 2011

puntang-panting

..terpuntang panting: bila di periksa dengan DBP takder pulak perkataan ini(mungkin salah edisi) dan yang ada hanyalah contoh ini. Hermm.. tapi kalau tak salah ingatan aku , perkataan ini aku pernah jumpa dan digunapakai semasa sekolah dahulu.
;puntang-panting :- Ahmad berlari terpuntang-panting apabila disergah anjing Ah Ching.

Baiklah ,aku bukan pakar bahasa dan supaya 'entri' ini tidak menjadi lebih 'masam' baik kita bercerita tentang perkara lain. Aku suka satu berita beberapa hari lepas.. opss bukan suka tetapi menarik dan harus di ambil peduli betul-betul. 
  Nampaknya kita di dalam krisis 'kebuluran'  tetapi belum lagi  menjadi seperti Afrika, tetapi unjuran menunjukkan harga makanan Asia akan meningkat sehingga 36% . Itu adalah petanda buruk untuk semua orang-orang miskin. 

   Masalah malnutrisi atau lebih senang 'tidak cukup zat' pun masih lagi  belum dapat diselesaikan ini ditambah pula dengan masalah ini.

Harus di ingat kita juga adalah negara pengimport makanan. 
    -apabila pertanian digerakkan untuk memenuhi kehendak pasaran dan bukan keperluan maka .....

  Bayangkanlah apa yang akan kita buat bila terlampau lapar ? Lapar bukan sebab makanan tidak cukup tetapi tidak mampu untuk dibeli. CHAOS IN THE STREET!!! Puntang-panting semuanya.

Apa sahaja..ya kita akan buat apa sahaja demi untuk mengisi perut kamu yang lapar. 

   Tetapi apa yang 'pembesar-pembesar' negeri ini buat? Sibuk tengok video lucah? Heh...nampaknya kita sedang menuju ke satu arah yang sangat puntang-panting.

  *kelapa sawit meliputi keseluruhan negara kita...mungkin kerajaan boleh buat sesuatu dengannya selain dari minyak..Hermm?(^_^)



      

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...