Rabu, 4 Mei 2011

Osama? Obama?

..pada saat dunia riuh-rendah memperkatakan berita kematian Osama Ben Laden ,ada yang gembira merayakan, ada yang meratap/menangisi kematian dan ada juga yang risau/ takut dengannya, namun jauh di pendalaman Pak Tua hanya asyik mengasah parangnya berencana untuk mencari rotan di hutan untuk membuat jebak burung yang di tempah Leman Gemuk hari semalam.

   Sebelah paginya , selesai subuh, dia sudah keluar menoreh getah di tanah seluas setengah ekar miliknya. Tadi selepas siap menoreh, dia singgah di kedai kopi Bang Aji untuk menikmati secawan teh kegemarannya. Pada ketika itulah dia mendengar buat pertama kalinya nama Osama atau Obama.

  "..mati jugak Osama akhirnya."komen  Ramli  melihatkan tajuk berita yang terpampang di muka suratkhabar yang sedang khusyuk ditatap Malik.

"kau tak tengok berita Tv3  ke malam tadi" tanya Lokman di sebelah kirinya.
 
 Pak Tua hanya mendengar dari jauh.

    "tengok ..dahsyat jugak Amerika nih dapat jugak dicarinya Osama nih sampai dapat" jawab Ramli.

"dah guna peralatan canggih ..itupun berapa lama diorang cari baru lah dapat ..tak pun ada orang belot .. 25juta Dolar nih...  " celah Malik di sebalik suratkhabar yang dipegangnya.

" ..hah tengok nih orang Amerika beraya sakan menyambut Osama ni mati" sambung Malik lagi.

  "aku rasa tentu nanti Al Qaeda balas balik, habislah Amerika kena bom pulak lepas nih." tambah Ramli.

 Malik dan Lokman mengangguk setuju. Pak Tua hanya diam  menghirup secawan tehnya.

"tapi ni ha ..tulis di sini yang cakap gambar Osama nih gambar palsu ..tengok nih" ujar Malik sambil membentangkan suratkhabar itu di atas meja. Ramli dan Lokman memanjangkan leher untuk melihatnya.

"yalah , entah betul ,entah tidak jer yang kena bunuh tuh Osama." setus Lokman sambil mebetulkan duduknya.

   "betul jugak mana orang tau yang mati nih Osama ..niha ..di buangnya pulak mayat 'dia' kat laut." Malik pula menyokong.
 
Seketika Pak Tua menjeling ke arah suratkhabar yang terbentang itu. Tiga sahabat itu terus berdebat dan berhujah lagi dengan topik 'Osama' mereka dan Pak Tua mendengarnya dengan khusyuk. Kemudian apabila teringatkan tempahan Leman Gemuk dia tidak jadi hendak terus berlama-lama di situ. Dia sudah mendengar secukupnya semuanya. Siapa Osama tidak sepenting jebak yang belum lagi disiapkan. Setelah membayar secawan tehnya, dia terus pulang ke rumah.

   Perkara yang dia faham dari perbualan mereka bertiga hanyalah seseorang yang  terkenal terbunuh dan seluruh dunia 'gempar' dengannya.  Dia juga mendapat tahu yang Osama itu adalah seorang yang beragama Islam yang di bunuh kerana dia buat sesuatu yang menyebabkan Amerika marah. 'Pengganas Islam'  adalah perkataan baru yang Pak Tua baru dengar hari ini. Pastinya hari ini kematian seseorang yang bernama Osama membuat dia mahu ikut mendengar seketika apakah kisahnya. Tetapi tumpuannya tetap terarah kepada jebak yang ingin disiapkannya. Di manakah tempat yang harus di carinya untuk mencari rotan dan buluh hanya itu   di fikirannya.

    Setelah siap mengasah parangnya ,Pak Tua pun bersiap dengan pakaiannya kemudian sesuatu menjengah fikirannya..

"Osama? Obama? nama yang hampir serupa. Nama mana yang lebih bagus?"

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...