Sabtu, 14 Mei 2011

tak boleh nak menulis

..seperti ayam berak kapur, bila tak dapat nak update blog semalam. Hangin jugak, satu hari suntuk jugak masanya tuh. Memang besar masalahnya tuh.

Bila dah boleh pulak, ada pulak masalah lain, post yang lama pulak hilang. Apahal? ..oh ini 'masalahnya'. Macam-macam..

Tapi bila dah ngadap ni ha hilang pulak apa yang di tulisnya tadi. Aduhyaii(meniru 'bahasa' terkini[?] adik-adik masa kini)


Anekdot:
[..ada bunyi yang jauh di seberang sana, anjing bersahutan-sahutan tanpa henti dari tadi seakan ada sesuatu yang mengganggu mereka. Aku di sini terasa akan seramnya , bila teringat kan kata orang dulu tentang anjing yang menyalak di malam hari, katanya ada hantu atau jin yang mereka salakkan..ishh berdiri pulak bulu roma aku nih. Haishh..!! mana ada hantu...ehh, jin ada..tapi JAUH tuu. Terlupa pulak tujuan aku bangun tadi..LAPARR..biskut,biskut,biskut itu sahaja yang menjerit dalam otak aku sekarang nih ..eh salah, perut aku.

Alamak! tinggal habuk daa..apapasat lah pulak 'nko' habis wahai biskut..'haa, tulaa masa ada kau buat tak tahu jer bila dah abis baru nak merungut'jerit suara halus dalam dada aku. Ceh, hari itu, mana lapar. Jawab aku sendiri. Lapar-lapar pun boleh bermonolog jugak. Mental betul. Apa lagi yang boleh aku buat untuk mengisi kekosongan perut aku hari ini. Bukak peti ade kobis dengan bilis jer..ehh, boleh goreng nih, urhh..lenguh pulak rasanya nak mengangkat senduknya nanti, lagipun aku bukan chef handalan kang jadi lain pulak...CROOTT!!CROOT!! Haa..sudah tak bleh tahan nih... aduhyaii apo nak den buekkan nihaa(bila pulak aku lahir kat negri 9 nih?)

..oh ya megi..!!ya ada megi atas almari yang ku simpan buat insuran di masa depan ..hah polisi yang berjaya..hahaha..oekh PERUT kau sabau dulu..kita kasi jerang air dulu..nihaa Maggi perisa kari buat habuan untuk rungutanmu tadi..haha megii...]


Sabda Kalam 2011

2 ulasan:

ILA HonEyBuNNy berkata...

hehe...

bila duk hostel magie tu la stok makanan..ngeh3...

btw,salam ziarah...

sabdakalam berkata...

..kat hostel biskut tawar, yang feymes sekali cap Ping Pong, hadap satu bugnkus 3 org satu malam bleh habis..celup air guler..sebab perencah yang laen tadi..nostalgia betul.

*terima kasih kerana sudi bertandang(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...