Ahad, 15 Mei 2011

TERsalah makan

Anekdot

[       "JANGAN RATAH MILO"

   ..aku dengar ,sengaja buat tak dengar..walaupun dah dua kali  warning dengan nenek. Biasalah lagi dilarang lagi dibuatnya- bebudak lah katakan. Petang tuh sedang nonton t.v dengan nenek  tiba-tiba azan Asar. Nenek aku, bangun, terus ke bilik air mengambil wuduk.

  Rumah kampung bilik air dia kat luar rumah..jadi ambik masa jugaklah berjalan turun naik dari rumah ke bilik air. Setan dalam perut nih pun dok hasutlah " hah ..! nih peluang baik nih, milo ader, dapat sesudu pun jadilah"..apalagi, jangan -ditangguh-tangguh lagi-aku sepantas kilat bangun bersegera ke dapur..berbunyik papan lantai rumah redah dek aku..."sudu-sudu ..hah itu pun kamu" -ingat tak dulu milo dijual dalam tin tiga saiz kecik-sederhana-besar- nenek aku biasalah yang keciklah. dah aku capai sudu dan tin dari rak dapur..KELENTANG-bunyik dia bila aku umpil dengan sudu..

  Tetiba dengar nenek aku tanggal selipar kat depan. Kemudian bunyik lantai rumah kena pijak..lagi gabra jadinyer aku..cepat aku skop dengan sudu -penuh yang sangat penuh dan ..Ngapkan terus ke mulut. simpan dalam mulut. tutup tin, letak sudu, kemudian terus berjalan ke ruang tamu semula. Selamba ya-ya je.

  Tapi  lidah aku dah rasa lain.Lain yang sangat-sangat. 'bukan milo nih!!' aku jalan tepi nenek dengan control pipi tak bagi kembang. Cepat-cepat ke ruang depan rumah..berlari ke tingkap. Apa yang kat dalam mulut aku dah mula mengeluarkan rasanya. PAHIT!! Cepat-cepat aku luah keluar..cett Teh rupanya. Dah abih saki baki teh tu aku ludah terus aku berlari turun rumah mencari pili air nak berkumur-lepas tuh gelak sorang-sorang kat bawah pokok Koko(kampung nenek aku banyak tanam pokok koko)-ironisnya(^_^)  ]

 
*Nostalgia semasa muda remaja.-14 tahun-lepas tuh terus tobat dah.

Sabda Kalam 2011



3 ulasan:

ILA HonEyBuNNy berkata...

haha...

sekali serbuk teh da..nakaiii betul neh...hehe

uncle gedek berkata...

AKu suka Milo yang van datang sekolah dulu... beratur panjang-panjang!

Sangat oldskool!

sabdakalam berkata...

>HoneyBunny :"bebudaklah katakan.."

>gedek! : ..lori yang paling dirindui masa sekolah dulu..siap beratur dua kali.

*terima kasih kerana sudi bertandang..(^_^)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...