Isnin, 25 Julai 2011

..hari ini mendengar dan melihat seorang insan di dalam meneruskan kelangsungan hidupnya. Amarah pada halangan yang mendatang pada hidupku jadi sejuk seketika. Aku hanya merisaukan bahagianku yang tidak dapat dipenuhkan tetapi apabila melihatkan kesungguhannya membuatkan aku jadi malu. Mana mungkin aku bisa melakukan apa yang dia lakukan. Keadaannya kami mungkin berbeza namun hirup udara adalah sama. Sama-sama menumpang dan mencari di muka bumi ini.

 - Menciptakan sejuta harapan walau akhirnya hanya untuk satu tujuan. Ke destinasi yang sama. mengapa masih ada kekeliruan di dalam hidup ini. Hanya seronok memanjakan diri dengan mimpi siang yang tidakkan pernah berkesudahan. Direncanakan dengan pelagai agenda dan perancangan...ke mana itu semua. Namun diri ini tidak pernah letih.

...mencari esok di dalam hari ini?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...