Khamis, 14 Julai 2011

lepat pisang dan susu

"..keduanya bukanlah kegemaran utama aku, kalau waktu kecil dulu susu menjadi minuman yang aku tak dapat nak menelannya. Kalau minum mesti muntah. Lain pulak halnya dengan lepat pisang aku suka waktu kecik-kecik dulu tapi sekarang dah tersangat lah kurang untuk mengunyahnya. Tapi masih di makan kalau dihidang itupun kalau tiada opsyen lain. Sekarang badan aku dah boleh bertoleransi dengan susu , dah takda masalah kalau meminumnya.Fizikal tubuh manusia membesar dan berubah mengikut masa dan keadaan sekelilingnya. Tubuh manusia punya fleksebilitinya yang menakjubkan di dalam mengasimilasikan dengan 'environment'nya. Ini baru bercerita tentang apa yang berlaku secara luaran. Tetapi bercerita tentang dua jenis makanan nih aku teringat kat arwah mak, kalau dulu masa buat lepat pisang akulah yang menolong melenyek pisang kasik hancur, carikan daun pisang kat belakang umah. Bila dan siap masak lepatnya, akulah orang pertama yang tak nyempat nak makan dulu. Bila tak tahan panas lepatnya taruk dalam baju. Bila mak nampak ,dia marah, aku larilah keluar rumah dengan dua tiga lepat pisang dalam baju..... Kata mak aku aku memang dari kecil tak boleh minum susu lembu. Sudah dicuba masa bayi tapi tak mahu. Cuma ada satu kali jer dia tersalah beli, masa tuh nak balik rumah nenek aku, dia terbelikan susu dalam kotak, aku cuba jugak minum sebab dah takde pilihan. Habis muntah teruk...itulah kenangan lepat pisang dan susu bersama arwah mak.."

-siri andika masih ditangguhkan buat sementara.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...