Jumaat, 12 Ogos 2011

baju hujan dan Luqman Al-Hakim

ini bukan saya tapi saya pinjam dari:http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/03/pertanyaan-yang-diajukan-enme-said.html
..hari macam nak hujan, petirpun dah degum degam kat atas nuh, angin pun dah semacam jer sejuknya. Yang aku nih dengan bro Hanif tak abis lagi berborak. Sedap sangat isunya. Masih banyak lagi yang nak diceritanya lagi. Itulah bila kita dapat kecap 'rasa dia' maksud aku bila sesuatu perbincangan itu mempunyai isi , benda yang lain pun tak peduli dah.

4.20..opss dah tak boleh dah nih..nak sahur pulak.

 Cepat aku kemaskan apa yang patut walaupun bro Hanif jer belum puas lagi. Paling penting perbincangan kali ini memberi paham pada aku banyak perkara..bukan sapa betul , sapa yang salah. Saling antara kami mendapat faedah dan manfaatnya.

    Siap salam ,siap bye-bye, aku pun pi ke motor nak check ada ke tidak baju hujan, motor nih rasanya ada baju hujan, adik aku punya motor, perempuan biasanya teliti sedikit bab-bab macam nih dan ..

oh yeah..ADA.

    Aku sarung , start motor dan terus lah meluncur pulang, sedikit laju nak kejar sahur..'sahur bersama-sama'. Dah sampai suku, tak hujan lah plak. Mulalah otak aku pikir yang bukan-bukan. Ada orang tengok!! Nanti apa pulak diorang pikir. Tapi bila separuh , jalan raya nampak basah-basah..fuh, ok jugak, nanti diorang tak pikir lah yang aku nih dah tak betul. Broomm..bapak besar punya lori lalu tepi aku, cilakak betul..hampeh, visor tak tutup betul-betul, dah penuh serata muka kene percik yang bercampur ngan pasir.
 
Tetapi...otak aku nih masih tak habis nak pikirkan tentang , 'apa orang akan cakap bila nampak mamat sorang bawak motor pakai baju hujan bilamana hujannya takda?'...dan bila dah masuk simpang ke rumah ,barulah aku ketemu dengan hujan..dan sempat jugak aku bersahur bersama-sama dengan keluarga..

    maka berkatalah akal aku yang waras:
1- otak nih suka sangat buat andaian yang bukan-bukan:-mengarut.
2- kita ini suka sangat mendengar 'kata orang' berbanding apa yang PATUT bagi kita.
3-apa yang kita buat tak semestinya sama dengan apa yang orang lain paham.
4-kita terlalu kritis terhadap diri kita berdasarkan pendapat ramai atau majoriti.
5-buatlah sesuatu yang betul(melalui ilmu dan situasi) dan bukan yang betul pada pendapat majoriti.

*sebenarnya orang bukan nampak sangat pun aku..4.20 pagi , gelap. kalau nampak pun bukannya kenal aku..HAHAHA

..apa kaitannya dengan Lukman Al-hakim .."lu pikirlah sendiri"

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...