Jumaat, 26 Ogos 2011

..zaman oh zaman

..Fz 150i memang menawan kalbu, tapi apakan daya ..masa tak akan kembali-tetiba teringatkan lagu P.Ramlee pulak. Motor dan lelaki memang sesuatu yang sinonim sekali, tapi itu dulu laa..dah basi pun perkataan tu. Sekarang zaman ladies biker..(menyirap jugak darah bila sebelah kita isi minyak, seorang Wanita dengan Ducati-nya parking untuk isi minyak..aku hanya Honda Wave ..haha kerdilnya aku.) Memang sekarang masanya untuk semuanya itu berlaku..Era Wanita ..tetapi masih ada sedikit penentangan oleh pihak lawannya -lelaki. Ada juga menyokong dan mengakuinya. Aku lebih suka memerhatinya sahaja..dalam kata lain menerimanya sebagai suatu perkara yang pasti berlaku..manakan tidak apabila nabi sendiri mengunkapkannya sendiri di dalam beberapa katanya..yang lebih kurang bermaksud ;perempuan akan 'mengetuai' lelaki.
   Mengetuai dalam lain juga 'melebihi' atau 'mengatasi'. Beberapa fakta terkini menunjukkan pencapaian wanita melebihi orang lelaki , yang paling dekat boleh di lihat di dalam kemasukan baru pelajar-pelajar ke unniversiti. Maka ada tanda aras menunjukkan perlumbaan di dalam akedamik pasti akan di menangi wanita. Aku sendiri melihat beberapa lelaki yang berkahwin dengan wanita yang status kewangannya lebih tinggi dari berbanding dengan si suami.
   Ada seorang pakar akedamik yang bercerita tentang perkara di dalam perbentangannya yang juga bertajuk 'the demise of guy'. Tajuk itu sendiri menarik perhatian aku..demise..woo memang sangat , sangat menarik penggunaannya perkataan ini. Juga subjek 'man vs woman ' satu tajuk yang kontroversi..beberapa penyokong tegar bagi pasukan nya masing-, masing berjuang untuk mempertahankan kumpulannya masing, dari pihak lelaki -mereka yang cuba mempertahankan superiority-nya lelaki itu sendiri..dan bagi pihak perempuan cuba untuk mengubah status quo yang ada sekarang. Walaupun majoritinya tampuk-tampuk kuasa itu masih lagi banyak yang di pegang oleh lelaki tetapi arus perubahan di dalam akedamik yang sangat jelas sedang berlaku.
   Pendek kata semakin banyak lelaki yang hilang minat untuk jadi cerdik berbanding dengan wanita. Kemerosotan kehadiran dalam kelas oleh pelajar lelaki statistiknya amat-amat menakutkan. Tidak mustahil pada masa akan datang beberapa peranan penting yang dulunya di pegang lelaki akan bertukar tangan kepada kaum wanita. Adakah aku bimbang? ya , tetapi adakah aku anti-perempuan atau anti-feminis(apa bendanya ni , pun aku tak tahu),tidak. Kalau melihat kepada sekarang, terutamanya dunia belah barat  perempuannya dahulu kala ditindas jadi kalau melihat kepada apa yang berlaku sekarang , nampaknya seperti sahaja wajar untuk ia berlaku..di dalam islam peranan wanita itu tidak pernah diperlekehkan hanya beberapa budaya lama yang diresapkan bersama yang menyebabkan dunia luar melihat kaum muslimah islam itu ditindas  terutamanya waktu kini. Soal hijab dilihat sebagai sesuatu yang menindas..tidak pelik pun perkara berlaku. Mereka itu tidak pernah pun sekali ingin mengakui ISLAM  sebagai satu agama. Tetapi adalah menyedihkan sekali apabila ada di kalangan muslim itu sendiri yang menentang Islam itu sendiri, yang mana dimulakan oleh Kamal Atartuk.
   Kembali kepada soal 'pengguasaan wanita' ..erm , apa yang aku dapat rumuskan adalah perkara bukanlah salah lebih lagi dalam soal akedamik..lebih banyak perempuan bijak lebih bagus tetapi harus kita kaum lelaki ikut mengimbanginya pada bahagian kita pula. Cuma masa akan yang menentukan apa yang seterusnya kan berlaku..tetapi yang paling aku tak suka adalah satu jer..satu aja terma..'mr.mama' atau surirumah lelaki..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...