Pagi ini adalah
perlawanan kudrat diantara mata dengan kehendak
tidur yang amat memenatkan. Kebiasaannya tidur yang banyak memenanginya.
Manakan dapat melawan kehendak semulajadi yang ada sejak kita dilahirkan ke dunia
ini. Okay, pagi ini seperti pagi-pagi yang lain aku cuba mencarikan suatu
alasan untuk tidak kembali semula ke atas tilam. Sememangnya kelembutan dan
empuknya tilam itu amat mengasyikkan sehinggakan menjeling ke atasnya sahaja
sudah melemahkan segenap urat dan tulang belulang yang tadi keras dan mantap
untuk melakukan sesuatu yang pasti menakjubkan hari ini. Aku cuba menghalaunya
dengan dibantukan oleh beberapa lagi rakan yang lain iaitu kopi yang mana
kafein di dalamnya diharapkan dapat menolong aku memenangi peperangan hari ini.
Namun sekutu yang diharapkan ini tidaklah begitu berkebolehan sangat kerana
keupayaannya yang berkurangan memandangkan panjangnya waktu pertempuran yang
berlangsung.
Semakin
dan semakin keenakan terpancar terang dari atas tilam dari dalam bilik aku. Ia
seakan-akan memanggil aku dengan suara yang mendayu-dayu, merayu aku untuk
pergi dan mendakapnya seperti perawan yang cantik jelita. Akhirnya dengan
langkah yang longlai aku hayunkan langkah kakiku ini dengan berat hatinya ke arah
bilik. Namun aku tahu inilah untuk kebaikan diriku juga. Ini adalah satu
keperluan ..haha sebenarnya aku menggunakan alasan ini kerana aku keseluruhannya telah menyerah kalah
kepada emosi dan nafsu yang tiada kebaikannya. Jom tidur…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan