Sesuatu yang ingin kita tanyakan siapakah kita di dalam
dunia ini? di zaman kemajuan teknologi . di era di mana kejayaan dan kekayaan
itu menjadi perkara yang menjadi nilai utama di dalam menentukan struktur
masyarakat. Adakah ini yang bakal membentuk masa depan kita yang seterusnya.
Hadir beberapa soalan untuk kita sebagai ahli masyarakat untuk menjawabnya.
Tanggungjawab sebagai ahli masyarakat mewajibkan kita menyertai di dalam setiap
keputusannya. Mengambil contoh terdekat kepada masyarakat terdekat dengan kita
iaitu Malaysia ini, sebuah Negara yang baru sahaja selesai di dalam mencari
peneraju untuk lima tahun akan datang. Apakah salah untuk kita katakana bahawa kita
semua yang betanggungjawab kepada apa sahaja polisi dan penentuan dasar untuk
Negara ini pada lima tahun yang akan datang ini.
Kembali kita kepada siapa dan apakah mungkin tujuannya kita ini
lahir, memenuhi seluruh planet dan menyedut segala isi dan sumber di dalamnya
kemudian membina tamadun moden dan maju yang kita capai sekarang ini. semuanya
di jawab dengan sepotong ayat al quran yang bermaksud ‘tidak dijadikan manusia
dan jin itu melainkan untuk beribadat kepada Allah. Namun seakan tidak cukup dengan penjelasan
untuk semua perkara yang ada di dalam dunia ini kita berpaling dari ayat ini.
Malah terus memekakkan telinga dan membiarkan diri terus buta dan berjalan di
dalam dunia ini dengan penuh keangkuhan. Demikian bagaimana penulis melihat
bahwa perlunya sebuah gagasan baru perlu
dilaksanakan untuk membetulkan landasan kehidupan yang semakin tergelincir dari
maksud asalnya. Malah adalah perlu untuk memanggil semua ahli masyarakat untuk
bersama membaiki apa yang telah terkeluar dari apa yang telah tergaris semuanya
untuk kita semuanya. Kita tidak boleh lagi melawan segala yang ditentukan
kepada kita. Apa yang telah berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh diputar
kembali tetapi kita apa yang kita lakukan sekarang bakal menentuk dan mencorak
bagaimana mungkin masa depan masyarakat ini di masa hadapan nanti. Kita mungkin
telah tewas di dalam membuat pilihan yang lalu. Namun tangisan dan amarah
hanyalah sia-sia sahaja melainkan waktu yang ada pada kita semua ini kita
gunakan dengan sebaiknya untuk menjadikan generasi yang akan datang dapat
menikmati sebuah masa depan yang lebih gemilang. Kita boleh jadikan kelemahan
dan kekalahan untuk membentuk strategi dan taktik yang lebih mapan lagi.
Malah
setiap dari kita boleh mengerakkan beberapa anggota baru yang dulu kita hanya
biarkan ianya di situ. Kita boleh gunakan bahan api baru ini untuk merancakkan
lagi perkembangan dan kemajuan di dalam gerakan kita nanti. Kita juga patut
mencari sumber baru untuk memastikan setiap langkah kita di masa depan nanti
tidak terhad dan tersekat disebabkan kekangan sumber kita seperti yang berlaku
lepas. Juga harus kita maklum akan mereka-mereka yang lain di luar sana, ramai
antara mereka ini yang bersimpati dengan perjuangan kita mereka juga mahu kita
ini menikmati setiap kebebasan yang sepatutnya kita terima , mereka juga ingin
melihat kita menerima kemewahan seperti yang mereka juga terima. Janganlah kita
berputus asa lagi, ingatlah , mungkin sekarang bukanlah masa untuk kita namun
tidak bermakna kita langsung tidak berpeluang. Apa yang ada , kekuatan kita,
kelemahan kita setiap satu dari haru kita nilai semula. Perkiraan dan keputusan
pilihan kita bakal menjadi hala tuju untuk masa depan kita yang seterusnya.
Ayuh marilah kita maju dan terus maju dengan langkah kita bersama. Teruskan
kita kukuhkan dan bina tiang untuk sebuah asas yang bakal menyinar hebat di
masa hadapan nanti. Ayuh ! MAJU!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan