Kita mempercayai dengan sepenuhnya bahawa kita
sedang ‘hidup’ kerana dengan gerak tubuh , pendengaran, penglihatan, pemikiran,
emosi –semuanya ini meyakinkan kita. Kita ‘hidup’ semahunya di dalam ketika
ini, masa kini dan mewarnai setiap jejak kita itu dengan pelbagai pemahaman dan
pemaknaan yang sesuai dengan kemahuan.
Sebetulnya kita
ini menginterpetasi sahaja kehidupan mengikut kemahuan dan pemerhatian yang
berlaku di sekeliling kita. Kita menapis realiti mengikut acuan yang dirasakan
sesuai dengan apa yang kita inginkan. Jesteru hidup yang diinginkan sedikit
camping di dalam banyak segi, terpenjara dengan lingkup sempadan yang
dibuat-buat dan direka-ciptakan oleh ilusi-‘apa itu keinginan’.
Dunia materi ,
mengorbit ‘hidup’ ini sehingga jiwa
–jiwa itu lelah dan lemas di dalamnya. Mereka ketewasan untuk semuanya, celik
di dalam buta dan pekak di dalam dengar mereka. Ya bahkan yang cacat, pekak dan
buta itu lebih ‘hidup’ berbanding mereka yang tewas ini. Hidup dan dunia materi
itu saling berganding, namun tidak harus
dijadikan maksud untuk antara satu dengan yang lain. Memegang dan merasa
sepertinya sama. Banyak yang keliru tentangnya.
**bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan