Adalah sesuatu yang
menarik apabila memikirkan bahawa kita adalah yang terbaik di dalam kehidupan(setiap
usaha dan tindakan). Itulah adalah fakta yang benar kerana setiap kehidupan
yang kita jalani berlaku dari sisi pandang kita dan telah pun berlaku tanpa
kita perlukan perakuan dan penghargaan orang lain terhadap setiap usaha yang
kita lakukan di dalamnya. Namun disebabkan sindrom ‘penerimaan dan perakuan
puak/komuniti/majaoriti) melemahkan banyak potensi sebenar individu itu untuk
diserlahkan dan ‘dikeluarkan’ sepenuhnya.
Apabila sahaja kita
melakukan sesuatu tanpa sebarang jangkaan atau harapan (orang lain) , hanya
melakukan sedaya upaya kita akhirnya nanti ,keputusan itu pasti menghasilkan
sesuatu yang sempurna sesuai dengan usaha yang kita lakukan. Namun di sini juga
terletaknya kelemahan -apabila sahaja sesuatu usaha, tindakan yang dilakukan
tanpa sebarang jangkaan dan harapan, ada setengah dari kita yang akan sambil
lewa di dalam usaha mereka. Begitu pun semuanya ini bergantung kepada ‘apa’
yang kita fikirkan sesuai di dalam kita menentukan ‘bagaimana’ kita mejayakan
setiap usaha kita itu dengan baik. Semuanya bergantung TUJUAN asal kepada
tindakan, cukup sahaja ‘conviction’ dan pemahaman terhadap tiada apa pun yang
akan menghalang setiap dari untuk ‘meledak’ di luar sana. Ayuh fikirkan dengan
baik setiap tindakan itu agar ia(kehidupan kita) menjadikan sesuatu yang luar
biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan