jelang rasa gemalai bahagia,
dijamah lembut tikar rumbia,
http://lyricsfever.net/lyrics/hardship/always-you |
dapat menimang suria dunia,
di mana sahaja jejaknya manusia,
ke situ jua tertumpahnya usaha.
jejak ke hulu mencari rumbia,
terserempak pelanduk di kejar pula,
matlamat yang utuh kan tercapai jua,
andai tabah dedikasi sentiasa
letih bertongkat peluh di seka,
jauh berjalan berlapanglah dada,
halangan cobaan rencah kembara,
di depan menanti untung manisnya,
dijamah lembut tikar rumbia,
rasanya enak di hujung mata,
usaha yang tekun banyak buahnya,
tinggal dipetik janganlah dipersia.
banyak intan banyak permata,
di ambil orang dibuatkan harta,
rezeki yang banyak dikongsikan bersama,
barulah makmur bertambah semoga..
Sabda Kalam 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan