Selasa, 12 Julai 2011

terdesak

..apabila terdesak manusia akan melakukan apa sahaja yang ada pada upayanya untuk melepaskan diri dari keadaan itu. Masa inilah sifat survivalnya akan terkeluar secara maksima. Malah ada yang akan melakukan perkara atau perbuatan yang selama ini tidak mungkin  dia pernah lakukan sebelumnya. Semuanya kerana terpaksa dan dipaksa. Bakat yang terpendam akan terserlah yang akhirnya membuahkan sesuatu hasil luarjangkaannya sendiri.
   Namun begitu ada juga keadaan yang menjadikan dia bertindak dengan lebih buruk untuk menhadapi keadaan tersebut. Proses ini melewati sifat akal yang waras dan matang , biasanya diasosiasikan dengan emosi yang meletus dengan tiba-tiba. Tindakan ini adalah suatu tindakan luar jangka yang selalunya menghasilkan keputusan negatif dan merosakkan semunya.
  Begitupun masih ternyata manusia mempunyai kapasiti untuk melakukan sesuatu yang luar biasa apabila dia ditekan dengan keadaan. Memilih untuk ke arah yang lebih baik atau lebih buruk.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...