Rabu, 20 Februari 2013

lagu dan hari


                                Sekarang aku mengadap skrin laptop dan mengharapkan ada perkataan yang melompat keluar dari kepala aku..erm itulah yang berlaku apabila kita …KOSONG. Semuanya yang tadi( sebelum skrin computer ini dibuka) seperti bunga-bunga yang tetiba sahaja kembang-serentak, kemudian bila dah mengadap skrin semuanya putih sama sahaja dengan putihnya skrin computer ini sekarang. Jadi aku hidupkan radio untuk dapatkan inspirasi dan lagu Stevie Wonder yang…herm best pulak. Ia memang menghiburkan..walaupun bukanlah lagu kegemaran tapi ia bawa suatu mood yang lain sekarang ke dalam stiuasi aku. Sebenarnya aku seperti ada yang ingin aku tuliskan tadi , sekarang ia agak kabur..biarkan lagu En Stevie ia berjalan, biarkan semuanya ‘mengalir’ dan terus ‘mengalir’. Arhh..lagu satu lagi ..ini lagu yang aku betul-betul minat…artis yang menjadi kegemaran aku juga hampir semua lagu dia aku minat..Bryan Adam ..wah lamanya tak mendengar lagu Heaven nih..ia membuatkan aku merasa romantic tiba-tiba dan rasa tak perlu buat apa-apa sekarang. Suatu perasaan yang menarik..nostalgik tiba-tiba, dalam erti kata yang menarik dan positif walaupun aku sendiri tak berapa paham sangat apa yang berlaku..yalah bukannya kau ada satu hubungan yang sangat romantic. Oh ya hubungan masih lagi baik..tidak romantic itu bukanlah bermaksud hubungan aku bermasalah tapi ..yalah dalam mana hubungan pun bukan setiap masa  ianya baik dan lancer. Banyak yang tersilap cakap dan buat. Tambahan pula kita berjauhan. Ia agak merumitkan untuk semua yang punya pengalaman yang sama buat kita nak…teringatkan lagu-lagu romantic yang sedih, lagu yang menceritakan tentang hubungan yang terputus. Sekarang lagu yang kerap aku karaokekan Hello dari apa ya nama penyanyi dia yang selalu sangat dikaitkan dengan suasana romantic…herm…arghh..tetiba pulak otak aku tak berfungsi dengan baik hari..Ciff Richard..bukan tapi ada Richard rasanya…dahlah tak payahlah sampai pecah kepala nak memikirkannya. Itulah kita kadang-kadang menyulitkan suasana di dalam kehidupan kita memikir perkara-perkara trivia sepertinya ianya sesuatu yang kalau tidak di ambil akan menyebabkan hidup kita jadi teruk…tapi ada juga sesetengah trivia itu ada signifikasinya kepada kita dan orang yang di sekeliling kita. Cuma …siapa sajalah yang hendak tahu semua itu. Hendak tahu berapa kali lalat mengepakkan sayapnya kecualilah kalau aku ni jurutera aeronatik …
         Lagu sememangnya ada kuasanya yang tersendiri sama ada menjadi inspirasi atau mempengaruhi kita secara negatif. Semuanya lagu yang ada peranannya yang tersendiri. Ada yang menjadikan sesetengah lagu sebagai lagu tema hidup mereka atau lagu yang makna di dalam hidup. Ada yang menjadikannya kaitan terhadap kejadian-kejadian penting di dalam hidup mereka seperti perkahwinan mereka. Lagu juga memcetuskan nostalgia, memori-memori tertentu di dalam hidup kita. Aku juga begitu Cuma sekarang tak dapat nak contohnya…maklumlah aku banyak sangat minat pada lagu..koleksi yang banyak terkadang menyusahkan..malah ada masanya tersalah kaitkan antara kejadian dan lagunya. Ya ..jangan bising aku tidak ada lagu tema hidup aku..atau..hemm mungkin..satu lagu..klasikal yang dulu aku sangat-sangat suka dengarnya..malangnya ada bahagian  yang agak tidak kena pada aku..dan aku tak pulak siapa penciptanya..Mozart atau Beethoven …mungkin bukan keduanya..dah lama sangat aku tak dengar lagu tu pun bukanlah aku selalu sangat dengarnya. Biarkanlah. Tapi aku memang minat lagu lama..50an 60an 70an 80an terutamanya lagu 50an dan 60an ,lagu inggeris kebanyakannya bukan aku bias dengan lagu melayu, Cuma kau jarang sangat dengar lagu melayu..bahkan aku banyak dengar lagu inggeris lama kerana kau sukakan saluran radio Lite and Easy. Saluran yang aku dengar semasa sautu masa dulu aku kemurungan dan menganggur. Aku tak tahu kenapa aku pilihnya tapi dia menjadi kegemaran aku , masa itupun saluran melayu tak ada  SinarFM atau KlasikFm. Sekarang pun mereka dah pandai meng’utilasi’kan semua koleksi lagu lama untuk tujuan komersil mereka.
     Apa-apa pun lagu atau jenis muzik yang kita minat semuanya diharapkan member kesan positif kepada kita. Dengarkanlah apapun tetapi kita fahamkan dan dalaminya dengan baik agar tidak berlaku ‘salah terjemahan’ di dalamnya. Hidup kita adalah interpetasi terhadap apa yang kita dengar,itu salah satu aspek darinya. Bertanggungjawablah dengan apa yang kita dengar….

2 ulasan:

Hainur Eisha berkata...

jiwa melayang ke der..
ape daa

sabdakalam berkata...

..melayang? itu soalan yang bagus..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...