Rabu, 26 Mac 2014

Fokus

    FOKUS!
FOKUS!
   FOKUS!

     Kosentrasi kata canggihnya. "tumpukan perhatian kata cikgu". Okay ,sekarang bila dah tak da cikgu, cam mana? Buat sendiri lah. Ingat senang  nak melawan diri sendiri dengan kata hati yang syahdu terus menangkap kalbu. Apa kes sebenarnya tentang FOKUS nih? Ya , cerita FOKUS menjadi tema dan masalah kepada banyak kehidupan aku. Mencari penyelesaian seperti satu kerja yang maha susah. Yalah, kalau dah banyak sangat halanya. Banyak sangat angannya. Tak habis-habis lepaknya. Sampai kiamat pun belum gerenti boleh FOKUS.
 
    Dalam zaman banyaknyer benda(gajetgajet) peralit nih mejadikan FOKUS satu kemahiran ,aku rasa, mungkin nanti akan ada kursus atau satu macampembelajaran yang khusus untuk FOKUs nih.(ker dah ada?)
 Keupayaan dan kebolehan untuk FOKUS dalam satu masa yang panjang kepada satu perkara sahaja makin susah dan renyah perbuatannya. Seperti aku yang punya banyaknya 'projek menulis' aku sendiri yang terlampau banyak yang  terbengkalai. Sekarang jumlah yang ada tu boleh dibukukan pulak. Tapi semuanya masih belum lengkap dan banyak kecacatan. Tak boleh disiarkan atau dikeluarkan di mana-mana.

          Kadangkadang timbul rasa malu dek kelemahan ini. Yalah , bercerita dengan orang bukan main lagi , tentang itu, tentang ini. cita-cita itu dan ini, semuanya belum lagi tecapai kerana menatang FOKUS nilah.

    Disiplin kata banyak orang , bagaimana mendisiplinkan diri , dikala tiada orang lain yang mengawal kita, tatkala diri sendiri sibuk mencari alasan tidak , juga apabila alasan lebih hebat dan besar dari matlamat diri. Maka di sinilah kekuatan yang sebenar harus di cari , digali,  direntap keluar kemudian diikat ketat , jangan dilepaskan lagi. Dan ..ya, tangkap dan kurungkan FOKUS di dalam tempat, manjakan dia dengan pelbagai kerja dan latihan. Ya, latih tubim dia, setiap hari, detik , saat dan ketika. Ya, nanti akhirnya semuanya yang sebelum ini tidak siap dan tertangguh itu pasti kan SEMPURNA.


     Tengoklah nanti...bagaimana tahun 2014, segala harapan, perancangan, dan matlamat AKU akan disempurnalkan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...