Selasa, 25 Mac 2014

MH370

..apabila persoalan itu membutuhkan masa untuk menanti jawapannya. Setiap jiwa itu resah dan gelisah akhirnya letih lalu membuatkan segalanya menjadi kacau bilau dan menjadi tidak tentu arah semuanya kerana persoalan tergantung-gantung tiada jawapan.
 
    Akhirnya jaawapannnya mendatang. Hadir terisi dengan isinya yang kurang enak untuk dipapas dan tidak mungkin untuk dihadamkan. Apatah lagi untuk diwahamkan kepada setiap isi sendi , urat saraf dan diri yang kosong menantikannnya. Lalu menjeritlah hati dan jiwa menafikan hakikat yang telah jelas dan kukuh jawapan.

   Maka kezahiran jawapan mula ditolak dan dinafikan. Memungkinkan kepada jawapan yang lain, namun mungkinkah akan berbeza tatkala semuanya telah zahir dan nyata. Mungkin masih ada lagi jawapan masih belum jelas, memaksa untuk memenuhi ruangan yang kosong -untuk mereka mungkin tiada lagi jawapan yang mampu memungkinkan lagi kehadiran atas kehilangan mereka.


*Takziah dan simpati kepada keluarga mangsa dan kakitangan MH370.

1 ulasan:

welldalamacchia berkata...

Bet365 Casino No Deposit Bonus Codes
Play at Bet365 Casino No 바카라3만쿠폰 Deposit bonus codes as they 안전한 바카라 사이트 are continually updated, and 벤 델핀 they don't come out with a no deposit 마틴게일 전략 bonus for 강원 랜드 칩 걸썰 new players.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...