Rabu, 19 Mac 2014

spekulasi

  Sudah seminggu lebih berlalu dengan misteri hilangnya MH370. Masalahnya ramai yang sudah tidak sabar sejak lagi hari kedua dan ketiga selepas pesawat ni hilang dan bermula dari itulah banyaknya khabar angin dan cakap-cakap orang di dalam internet. Ada yang cuma untuk dapat publisiti, mencetus provokasi, kontroversi, malah berniat lebih jahat untuk memburukkan reputasi negara kita Malaysia.
   
     Dengan banyaknya pula spekulasi yang muncul bersama teori-teori yang macam-macam, kita sebagai orang awam akhirnya terkeliru dengan mereka-mereka yang juga dikalangan orang bergelar pakar ini. Semua berspekulasi berdasarkan agenda masing-masing walaupun jelas atau tidak ,yang pasti kehilangan pesawat itu masih jua menjadi misteri.
 
      Di zaman internet dan kelajuan maklumat yang maha cepat ini. Kebanjiran maklumat mudah berlaku dengan 'pelapor-pelapor' dan wartawan 'awam'(jalanan) , ia menjadi masalah apabila maklumat yang tidak punya kesahihan diterima pakai sebagai fakta. Sehinggakan cukup untuk mengkucar-kacirkan pendapat awam sehinggakan merosakkan kestabilan awam.

       Perkara ini telah diramalkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam beberapa hadisnya antara yang menyebut tentang  fitnah /berita palsu yang akan bertebar luas di akhir zaman dan perlunya kita menyiasat bila sahaja sesuatu berita itu sampai kepada kita walaudari apapun sumbernya .

    Jadi pada ketika KEBANJIRAN MAKLUMAT ini berlaku, pastikan anda tidak lemas dan hanyut bersama arusnya kerana pastinya bila tanpa asas yang kukuh sesuatu itu tidak dapat berdiri  walaupun di atas nama kebenaran. Ingatlah akan dua sumber yang benar dan sentiasa benar : AL-QURAN dan AS-SUNNAH.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...